Tuesday, February 16, 2010

Menjala Hasil


Maaf kerana lama tak update blog ni kpd suma followers. ada ke followers? :)
lama tidak dikemaskini krn kesibukan menjual hasil tilapia di pasar pagi Batang Kali.Penjualan ke pasar borong terpaksa dihentikan krn hasil yg diterima tidak berapa memuaskan.Investor telah memberi cadangan supaya menjual terus kpd end user.Hasilnya lebih lumayan drpd menjual secara borong, krn khidmat org tengah berjaya dihapuskan.
Walaupun tidak ada tapak di pasar pagi Batang Kali, aku & team main redah je. Alhamdulilah ada juga tapak yg kosong dan dalam masa 3 jam 40 kilo ikan tilapia berjaya dihabiskan!! perkara ini berterusan utk 2 minggu (meniaga setiap sabtu & ahad saja), sampai abis stok ikan di kolam 1.
Feedback drpd pembeli amatlah memuaskan,rata2nya mengatakan ikan tilapia aku manis, takde rasa lumpur, sehingga ada pembeli yg menggelar ikan aku tilapia madu!!
Terima kasih kpd semua pembeli. Lepas ni bulan depan barulah pula boleh menjual hasil ikan di kolam 4.Harap2 ikan di kolam ni boleh mencecah 3 atau 4 ekor sekilo.Harga pon boleh la jual mahal skit.Bukan sesuka nak jual mahal, tapi krn harga makanan ikan pon dah naik skang ni...

Thursday, January 14, 2010

Proses Menjala Ikan Tilapia


Tilapia kekurangan oksigen, masa ni baru la nampak byk juga tilapia dlm kolam ni.


Mr Ayie menunjukkan cara yg betul menangguk ikan...hehehe


Hati-hati yer ayie, jgn kasi sekor pon tilapia terlepas..duit suma ni...


copek la siket jang oii..


menaikkan hasil tangkapan ke atas


Hasilnya..mau ada 100kg dlm tong ni...

Proses Mengeringkan Kolam


CEO mengukur dulu kedalaman kolam yg dikering sebelum kerja-kerja menjala boleh dijalankan..


Baiklah kawan2, kerja2 menjala boleh dimulakan!!


Keadaan kolam yg hampir2 nak kering.mengambil masa 4-5 jam juga nak capai tahap mcmni...


Polysterin yg sudah sedia utk dimasukkan ikan nanti..ready to pasar borong!!


Banner kolam hasil sumbangan JCOM. Terima kasih berbanyak diucapkan

Friday, January 1, 2010

Menjala Hasil Tilapia


Bergaya sebelum aktiviti menjala dimulakan.Inilah uniform terbaru NR.cantek dak?


Gaya seorang penjala yg hebat...hehehe


Hasil drpd menjaring yg pertama...


Ahli baru NR Mr Azrul sedang mengambil ikan yg sudah dijaring...masih single lagi mamat ni.kalau ada yg berkenan boleh aku rekemenkan.. :)



Inilah hasilnya setelah 4 bulan lebih menunggu...ikan lagi byk makan dari aku makan...Alhamdulilah akhirnya sudah tiba masa aku mendapatkan hasil pulak...


Gaya seorang penternak tilapia yg hampir berjaya..hehehe..ada org call plak nak order rohu 1 tan. manalah aku da jual rohu, aku jual tilapia je la weyy...

Thursday, December 24, 2009

Kincir Air "Paddle Wheel"




Paddle Wheel rekaan dan imaginasi sendiri berfungsi dengan baik sekali.Lebih byk oksigen dpt dibekalkan kepada ikan...Terima kasih kpd "Pendekar Mata Satu" yg berjaya menjadikan imaginasi aku satu realiti walaupun mengambil masa yg agak lama

Friday, December 4, 2009

Ikan di Kolam 1 Sudah sedia untuk dijual!!


makan kenyang2 yer..lagi seminggu nak jual dah..




Ikan yg sudah sedia untuk dijual!! Untuk tempahan hubungi aku.Nak tahu harga pon kene call aku..:)

Location Map To Nelayan rasa Fish Pond


Bagi pada sesiapa yg hendak tahu di mana lokasi kolam Nelayan Rasa. Inila petanya utk memudahkan anda mencari kolam aku.Kalau sesat gak..jangan malu2 call aku.

Thursday, December 3, 2009

Kincir Air utk Kolam


Akhirnya kincir air yg berdasarkan imaginasi aku ni siap jugak..darpd Ramadhan lepas aku dah pesan kat welder..baru skang dia siapkan..lembab sungguh!!Inilah namanya kincir air save budget.menggunakan bahan2 yg paling murah.Menggunakan kuasa graviti drpd air bukit di kolam.harap2 kincir air ni boleh berfungsi spt yg aku harapkan..jikalau berfungsi dgn baik, byk jimat duit drpd guna kincir yg menggunakan elektrik.

Proses melepaskan Anak ikan Tilapia


Nak melepaskan anak ikan ke Kolam yg ke 3




Anak ikan yg baru dilepaskan sudah mula bermain-main..kasi anak ikan ni biasakan diri dulu ngan persekitaran kolam. Baru lah boleh aku nak kasi makan...

Tempat membeli anak ikan Tilapia


Inilah jalan nak ke tmpt pembelian benih ikan tilapia..jalan penuh berlumpur..kalau 4x4 baru best nak redah.tapi disebabkan tak mampu lagi nak beli triton..aku belasah je la naik kete ad resort ni


Ini lah temptnya..3 ocean sdn bhd.tmpt ni direkemen dek Jabatan Perikanan.Setakat ini utk 3 kolam yg ada mmg beli benih kat sini..Setakat ni benih yg dibeli mmg berkualiti.Tmpt ni terletak berhampiran country home rawang.Cina ni mmg jual anak ikan saja..bermcm2 anak ikan dijualnya..taukeh ni ckp anak ikan yg paling ramai org beli keli laa...Cina ni juga menjadi tmpt aku mendapat nasihat secara percuma berkenaan penternakan ikan.Harini aku nak beli 5,000 ekor anak ikan jenis monoseks

Monday, November 30, 2009

Ikan Bakar Tasek Raban


Yummy Yummy..Ikan bakar Talapia..yang buat sedapnya kuah dia ni.kalau taukeh kedai ni kasi resipi buat kuah ni kat aku kan best.Seekor harganya RM24!!



Setiap kali balik ke Baling.Mesti tak lengkap kalau tak singgah restoran ikan bakar tasek raban.Restoran ni terletak di kuala kangsar, jalan nak menghala ke lenggong. Kalau hari minggu mmg restoran ni full house. aku pon balik raya haji bebaru ni jenuh gak la menunggu ikan bakar tilapia aku ni siap.Disebabkan kekadang je dpt merasa ikan bakar ni. nak taknak kene la menunggu juga.Restoran ini la yang buat aku boleh terbela ikan tilapia.Satu hari nnt mmg aku berharap boleh buat restoran mcm ini.Ada restoran dan ada ternak ikannya sekali.Aku sempat la berborak skit ngan mamat yg dok membakar ikan ni, dia ckp ikan ni suma dibela kat kolam sangkar, bukan taukeh restoran ni yg bela, tapi ada org lain.Tapi penternak ikan ni cuma jual ikan ni kat restoran ni saja..Bayangkan berapa byk ikan yg perlu dibekalkan ke restoran ni...Masyuk tak masyuk la taukehnya...