Saturday, February 7, 2009

..jasa joran (Part 2: versi blog)..

“Aduh..apasal la jadi kat aku…ngape la idok kat orang lain…” Sambil menggarukan kepala, Abdullah berjalan menuju ke tingkap rumahnya.

“Yob!” panggilan mesra kepada kawan karibnya, si Seman “Yob!… ada mike nengor kabo si Leman.”

Seman merupakan teman akrab Abdullah. Mereka berkawan sedari kecil lagi. Sama-sama ngail di sungai, sama-sama mencuri buah rambutan Mak Teh Limah dan sama-sama ngintai orang mandi tepi sungai.

“Entoh le… idok la teman nengor apa-apa kabor pasal si leman tu…ngapa?” jawab kawan karibnya.

“ Aduh…Susoh hati teman dibuatnye nie…” keluh Abdullah..

“Ngape yob…Apa, besor bebenor ke permasalahan mike”.

“Idok le besor. Semalam si Leman tu email kat aku, katanya nak ajak aku pergi ke pekan. Katanya nak nengok joran kat kedai si Ah Peng tu. Janjinya pukui 10 pagi. Tapi, sampai lehur nie idok pulak muncui” jawab Abdullah..

“La..teman ingat besor bebenor la masalahnya. Sekejap lagi ada la si Leman tu”…

Leman terduduk di tepi tingkap rumahnya. Joran yang baru direka telah diambil oleh ibu tercintanya untuk pergi mengail. Tak sampai hati leman untuk berkata tidak bila ibunya memberitahu untuk menggunakan jorannya itu walaupun ibunya mengambil dulu joran tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

Leman telah berjanji dengan Abdullah untuk pergi ke kedai Ah Peng. Leman ingin mendapatkan nasihat dari Ah Peng tentang joran yang baru diciptanya sambil membeli beberapa asesori pancing demi untuk membalas dendam ke atas ikan yang telah meragut joran pemberian ex-girlfriend nya.

Tanpa membuang masa, Leman mengenakan sepasang pakaian lengkap bak berkerja di kantor. Tanpa mempedulikan mandi di pagi hari, Leman mengambil parang kontotnya dan bergegas menuruni anak tangga. Laju langkah Leman umpama kayuhan si benggali penjual roti…
Sampai di simpang di mana dia ketiduran semalam, dia terus mencantas batang buluh, lalu menjorankan buluh tersebut. Setelah berpuas hati, Leman menuju ke rumah Abdullah.

“ Pak Lah…Ooo Pak Lah…” Leman memanggil kawannya itu. Pak lah adalah panggilan manja Leman kepada sahabatnya itu kerana Abdullah sudah berkawin dan mempunyai sepasang cahaya mata.

“Hah! Itu pun kamu…udoh naik kematu punggung aku nantikan kamu. Ape ke halnya kamu lambat sangat nie. Udoh lehur nie..”..

“I’m so sorry la Pak Lah. This morning, my mum took my joran because she want go for fishing with her friend. So I have to make a new one”

“apa ke mimpi kamu cakap omputih nie Leman. Apa kamu nak tunjuk eksen kat aku ke. Aku tahu la kamu tu ada hati dengan anak si Ah Peng tu. Dah, don’t waste my time.Let’s go to Ah Peng shop”

“Terer gak kamu ye.. buleh cakap omputih gak” kata leman..

“Apa, kamu ingat rumah kamu aje ada rangkaian TV berbayor ke. See the leg first la bro!” ujar Abdullah.

“ Ok.let’s go to Ah Peng shop” ujar si Leman..

Pedih mata Pak Lah terkena semburan berbisa dari mulut si Leman semasa membonceng motor. Pak Lah memiliki kapcai usang yang masih mampu untuk dijadikan kuda rempitan. Malangnya Pak Lah tidak mempunyai lesen untuk menunggang. Si Leman pula tidak mempunyai kapcai kerana dia terpaksa menjualkannya untuk menanggung kos percintaan dengan bekas aweknya dahulu tetapi mempunyai kebenaran yang sah untuk menunggang.
Sepanjang perjalanan ke kedai Ah Peng, Leman menerangkan kepada Pak Lah mengapa dia lambat sampai. Lontaran vocal Leman amat kuat dan pitching yang tepat, untuk memastikan Pak Lah mendengar dan faham kenapa dia terlambat. Semakin kuat volume Leman, semakin kuat dan tajam juga tujahan air berbisa yang keluar dari mulut Leman yang mengenai muka Pak Lah. Berkali-kali Pak Lah cuba menepis, tetapi gagal. Bisa air berbisa amat tajam sekali dan tujahannya tepat ke muka dan kadang-kadang memasuki ruang mulutnya. Hingga naik loya Pak Lah kerana tertelan air berbisa tersebut.

“Uuuwekkk…..” kedengaran dari pak Lah sebaik sahaja mereka sampai ke kedai Ah Peng. Entah berapa miligram air berbisa tersebut memasuki mulutnya dan menjelajah ke anak tekak Pak lah.

“Ngape kamu Yob, masuk angin ke perut kamu sampai muntah nie”

“Masuk angin tengkorak kamu. Kamu tu bila bercakap tak cover langsung mulut kamu tu. Berbutir-butir air liur kamu aku dah telan. Kalau wangi tak pe la. Ini bau tungkit je. Masam pulak tu.” Pak Lah meluahkan rasa marahnya kepada Leman.

Leman hanya tersengeh sewaktu Pak Lah meleterinya.

“Udoh la tu. Moh la kita masuk kedai.” Pujuk si Leman.

Dengan langkah penuh bergaya Leman dan Pak Lah masuk ke dalam kedai Ah Peng sambil Leman memegang buluh yang dijorankan.

“SiiiFuuu….” Jerit si Ah Peng bila ternampak kelibat Leman dan Pak lah. “ Apa mau sifu. Lama tarak nampak. Ada sihat ka”.. dengan ramah Ah Peng menyapa si Leman.

“Macam biasa la” ujar si leman.

“Apa boleh wa tolong sama lu. Wa mau bagi tau lu, sana ada jolan balu sampai. Manyak cantik ooo..” gaya Ah Peng menarik pelanggannya dengan penuh emosi.

“Ah Peng.. aku bukan mau joran baru. Aku nak kau tolong transform kan batang buluh nie jadi joran. Ko letak la cincin, lepas tu ko warnakan sikit. Lepas tu ko letak sarung getah hitam tu kat hujung nie” sambil menunjukkan batang buluh yang dibawanya.

“Ha ya sifu.. Lu apa hat mau susah-susah mau bikin itu macam. Tadi wa sudah bagitau sama lu. Hujung sana ada joran balu sampai ooo… manyak cantik ooo. .. Lagi satu, itu jolan ada walenti ooo. Kalau lu beli, wa kasi mullah..” Ujar Ah Peng…

“Issk kamu nie, biasanya nak kurang sesen punya susah. Ngape kali nie ada diskaun pulak. Buang tebiat ke kamu nie Peng”

Tanpa membuang masa, Ah Peng mengarahkan anak gadis yang sedang menggentel rambut yang merompolnya itu untuk menunjukkan longgokkan joran baru kepada si Leman.

“Abang mari ikut saya.” Ujar Merry. Merry adalah anak kedua Ah Peng

Tersengeh sipu malu dan kembang hidung Leman bila Merry memanggilnya abang. “Ok” ringkas jawab si Leman.

Sementara itu, Pak Lah pergi ke tandas di kedai Ah Peng untuk membasuh mukanya yang terkena tujahan air bisa dari Leman.

Apabila sampai disudut kedai yang dipenuhi dengan joran, Merry memberitahu kepada Leman, bergelimpangan joran baru yang belum sempat disusun rapi. Merry menyuruh Leman melihat dan memilih joran mana yang berkenan.

“Mak datuk!! Banyak nye joran baru.” Kata Si Leman sambil membeliakkan matanya. Merry tersenyum melihat gelagat si Leman.

“Merry tak sekolah ke hari nie” Leman memecahkan kebuntuan.

“Tak, hari nie Merry tak ke sekolah. Badan Merry rasa sakit-sakit.” Jawab si Merry

“Udoh ke Merry jumpa Tok Moh.. eehh! Jumpa doktor” Leman inginkan kepastian

“Dah.. Abang dah jumpa ke joran yang abang minat.” Tanya Merry.

“Ini yang abang penin nie. Confuse abang dibuatnya. Banyak sangat joran. Tak tahu nak pilih yang mana satu.” Jawab Leman.

“Biar Merry tolong pilih untuk abang ye” Merry terus bangun dari bangkunya dan terus mencangkung sebelah Leman.

Degup jantung Leman bertukar rentak bila Merry duduk sebelahnya. Mana kan tidaknya, Merry mempunyai muka iras orang melayu. Dengan kulit sawo matang, orang yang tak kenal siapa Merry, tidak menyangka bahawa Merry adalah dari keturunan Yap Ah Loy.

“Ha.. Abang yang nie. Merry rasa joran nie amat sesuai dengan abang. Maklum lah kan, abang nie pandai mancing. Tak kan nak beli joran yang tak berjenama. Kalau patah joran nanti, kan malu je.” Merry mengayat Leman.

“Issk Merry nie. Pandai-pandai je kata abang terer mancing. Buat malu abang je” Leman kesipuan…

“Abang nak tak joran nie. Kalau tak nak Merry pilih yang lain” Merry bertanya kepada Leman.

“Alah, Merry pilih la untuk abang. Yang bebenornya abang bukan biasa sangat beli joran nie. Abang biasa pakai buluh je” Leman kesipuan lagi.

“Ok. Abang ambil yang nie.” Merry menunjukkan sebatang joran pink kepada Leman.

Leman mengambil joran tersebut seraya berkata “ Ateh, tak kan warna pink Merry pilih untuk abang”

“Alah, warna nie la sesuai untuk abang. Lagi pun, ikan kan buta warna” jawab Merry.

“Ok la. Abang ambil joran nie. Abang ambil nie sebab Merry yang pilihkan”

Sambil memegang joran yang telah dipilih, Merry membawa Leman ke kaunter untuk membuat bayaran.

Pak lah yang telah lama menunggu di kaunter, menegur Leman “ Apa ke halnye kamu pilih joran warna tu. Tak macho lansung.”

Tanpa mempedulikan pertanyaan Pak Lah, Leman terus bertanyakan harga kepada Ah Peng.
Seperti kebiasaan, Ah Peng mengambil sempoa usangnya. Merry berdiri disebelah ayahnya sambil memerhatikan Leman dan Pak Lah.

“Ok sifu, ini harga wa kasi sama lu solang saje. Olang lain wa tarak kasi ini harga.”
“Iye le…berapa harganya…”Leman mendesak.

“Tatak mahal, $499.00 aje…” jawab Ah Peng sambil tersenyum.

“Huh! Mahal pepalih… ateh kata tadi nak bagi diskaun” Leman terkejut.

“Suda diskaun maa” jawab Ah Peng.

“Tak kan abang tak nak ambil. Penat je Merry pilih untuk abang. Kalau abang tak beli, lain kali Merry tak nak tegur abang lagi” ayat-ayat power Merry.

Mendengarkan kesyahduan suara dan kelunakkan susunan bahasa dari Merry, Leman mengeluarkan dompet duitnye. Berkeruk dahi Leman mengira duit. Dengan tangan terketar-ketar, Leman menyerahkan duit tersebut kepada Ah peng.

“Ok sifu… manyak telima kasih hah. Lain kali datang lagi. Wa bagi diskaun lagi sama lu” Ujar Ah Peng sambil menyerahkan joran yang telah disiap dibungkus oleh Merry.
Dengan muka yang poyo, longlai langkah Leman untuk keluar dari kedai Ah Peng bersama Pak Lah.

“Banyak duit kamu yob…” Pak Lah menegur Leman.

“ Banyak kemendanye…TUMPOO TEMAN”…….jawab Leman.

Friday, February 6, 2009

..cynical..

gegar, gempak, gempur dan gempa...

itulah situasi politik semasa yang berlaku di negeri perak. sedih kan... tetapi, itu adalah hakikatnya yang berlaku di perak..

terlupa sejenak kita tentang kegawatan ekonomi yang berlaku dek situasi ini... apa sebenarnya yang berlaku... siapa yang punya rencana dan angkara...

aku bukan penganalisis politik, cuma aku sekadar nak mencuba menjadi penganalisis...apa yang aku tulis nie adalah dari apa yang aku layan, fikir dan tafsir....

1. semuanya terancang... itulah yang aku dapat lihat. apa yang terjadi di perak tu seolah-olah sudah dirancang rapi. skripnya dah ada, pelakonnya dah ada, props dah ada dan yang paling best sudah tentu bayaran pun dah ada. zaman sekarang nie, pelakon pun minta advance payment dulu sebelum berlakon!

2.kesian kat rakyat perak... yang berebut kuasa -orang politik.. yang naik kereta mewah -orang politik, yang gila kuasa -orang politik,.. cuma yang pilih orang politik - rakyat.. tetapi, dimana letaknya kuasa rakyat.. kuasa rakyat terletak masa pilihan raya.. TETAPI kalau udoh tak dipilih oleh rakyat, lebih baik duduk diam2 dari saje buat kecoh!!

3.tindakan akibat tekanan.. mana idoknya, udah le kena 2 - 0 (prmtg pauh dan KT), tak kan nak bolos gol lagi.. nasib baik la ada 'haprak-haprak' yang kebetulan@mungkin, mengalami 'law sindrome', maka pada mereka nie harapan united untuk bangkit dan menjaring gol 'haprak'..

4.sultan berpelembagaan... klise nie aku keliru. berperlembagaan atau Diberperlembagaan...

5.bebas tetapi menyokong... sebagai rakyat malaysia yang kurang arif tentang undang-undang dan daif dari segi bahasa, apa kah maknanya 'bebas tetapi menyokong'.. pada aku perkataan 'bebas ' itu sendiri menyatakan TIDAK berpihak kepada mana-mana pihak..tetapi kalau dah menyokong, lebih baik je istiharkan 'lembu' tu untuk dijual....

6.ada yang bertepuk di sebalik tabir... cuba-cuba lah engkau orang tenung dan renung sejenak...

7.sayang anak tangan tangankan...
sayang bini tinggal-tinggalkan...
sayang parti lompat-lompat...
sayang duit, lompat - lompat lah lagi....

Thursday, February 5, 2009

..huru hara..





  • bila duit menjadi raja, mata jadi tuli, hati penuh dengan daki. kuasa duit mengatasi kuasa nuklear.


  • dunia luar sana, sekelompak manusia sedang berperang untuk pertahankan maruah dan negara. di sini, sekelompok manusia menilaikan maruah ibarat dengan sehelai kertas yang berwarna..semuanya boleh dibeli...


  • bila duit sudah berguni, barang yang susah dicari, mudah didapati.. nak beli babi, nak beli kambing hitam, nak beli hati, dan macam-macam lagi...


  • lalang bergoyang bukan ditiup angin, tapi ditimpa dengan wang...


  • hanya mereka yang bertuhankan duit akan tersengeh, angguk angguk, geling geling...









Wednesday, February 4, 2009

..lompat-lompat..

minggu ini kita dihangatkan dengan kisah lompat...


ada yang lompat, melompat, dilompat, dilompatkan, terlompat dan tak kurang juga yang lompat-lompat... bila sebut perkataan lompat, kita kan membayangkan satu makhluk yang habitatnya tak sah kalau tak melompat....

mengapa katak melompat.. katak melompat untuk cari makan.. katak melompat untuk larikan diri dari musuh... katak melompat kerana nak berhijrah ke tempat lain dan seribu satu sebab kenapa katak melompat..

ada katak melompat seorang diri.. ada lak katak melompat dengan kawan-kawan.. tapi ada gak katak yang dipaksa melompat untuk menyelamatkan keadaan..... kesian katak tu kan....
tapi apa boleh buat .. dah nasib si katak tu menjadi kuli kepada si tikus....
sabo je le.....
lompatan katak nie bermakna.. kalau katak tu lompat dekat aje.. maknenya katak tu boring duduk kat satu tempat dengan tempoh yang lama.. kalau katak tu lompat - lompat, maknanye katak tu saje nak menunjuk yang dia boleh melompat... tapi kalau katak tu melompat jauh hingga tak dapat di kesan, maknanye dia dah disimpan oleh musuh di dalam perutnya...
ingat wahai si katak-katak sekelian, jangan nak melompat-lompat... nanti kalau tersalah lompat....masuk dalam lubang taik....
Tapi...siapa si katak tu eerk...!

Tuesday, February 3, 2009

..20 minit aje..

semalam aku ke kolam pancing berbayar yang lokasinya di serendah.. aku udoh berkali-kali datang ke kolam nie bersama keluarga dan sahabat aku. cuma semalam aku datang sorang je.. saje nak layan....

idok la aku berperancangan untuk memancing pada hari tu, tapi desakan dan kehendak yang begitu kuat yang datang dari nafsu memancing.. aku teruskan langkah ke kolam tersebut...

setibanya aku ke kolam tu, hati aku berbelah bagi sama ada nak memancing di kolam kelas 'ekonomi' atau kolam kelas 'mewahan'. memandangkan ikan-ikan ternakan aku belum cukup haul untuk dijadikan kertas yang bernilai, maka aku memancing di kolam kelas ekonomi...

la..umpam pulook tak ade... berbekalkan dedak yang diperam di dalam kereta lebihan dari memancing yang lalu, aku pun teruskan perjuangan...

idok sampai 5 minit, joran aku dikejutkan dan hampir menghambakan dirikan ke dalam kolam akibat dari sentakan ikan... dengan sedikit pengalaman yang ada, aku dapat menyelamatkan joran dari sentakan puaka tersebut...

maka perjuangan pun bermula.. aku tarik dia tarik.. aku lepas dia tarik... dia tarik aku lepas...aku lepas dia tarik..dia tarik aku lepas.... fuh! sungguh dahasyat pertarungan nie...lebih hebat dari berjuang di medan peperangan lagi...

akhirnya, dia menyerah kalah... "Eh! Rohu......!!!".... dengan hidung yang kembang, dada yang bidang, lidah bercabang dan poket yang semakin kontang, aku berjaya naikkan rohu...

lepas je aku masukkan ikan tersebut ke dalam jaring dan mengisytiharkan aku dah dapat ikan di kaunter, aku pun packing alatan mancing dan balik....

itu la sejarah memancing yang paling sekejap dalam hidup aku...bukannya aku tak mau memancing lagi, tapi aku risau budget tak cukup untuk bayar ikan....

pengajaran cerita:
jangan memancing kalau tak cukup duit dan guna la dedak peram untuk dapat ikan rohu..