Tuesday, November 24, 2009

18 Hari Sudah Berlalu

20 Nov 09


Setelah 18 hari anak ikan tilapia di letakkan di kolam nelayan rasa.Ini la hasilnya!!sudah nampak sedikit pembesaran yg ketara.Tetapi yang sedihnya daripada 4400 ekor yg dilepaskan, sudah ada 1300 anak ikan yg mati!!Kematian yg tinggi ini disebabkan oleh cuaca yg tak menentu.Hari2 hujan.Air hujan yg mengandungi asid ini menyebabkan anak ikan tak boleh tahan.Seperti manusia juga, kalau dah hari2 kene hujan mestilah demam kan..Cara terbaik jika hendak kurangkan kematian anak ikan sepatutnya anak ikan diletakkan di fiber tank. Tapi disbbkan kerana tak cukup modal, terpaksala anak ikan diletakkan terus di dalam kolam. InsyaAllah bila dah ada modal lebih skit nanti, anak2 ikan yg baru dibeli aku nak letak dlm fiber tank dulu sebelum dilepaskan ke kolam...

Benih ikan Tilapia Monosek

4 Nov 2009

Benih anak ikan talapia yg dibeli.berat 1.3gram je..harap2 4-5 bulan akan datang boleh cecah 500gram seekor!!buat permulaan investor aku nak beli 4000 ekor saja. Nak cuba-cuba dulu katanya..daripada 2 kolam aku tu terbiar takde ikan, aku setuju saja la bila ada org sudi nak letak anak ikan kat kolam tu.Maintenance nya aku la yg jaga.Ikan ni seekor harga 30sen. ada pelbagai saiz lagi yg ada kat tmpt pembenihan anak ikan ni, lagi besar saiznya lagi mahal la harganya...




Proses melepaskan anak ikan talapia ke dalam kolam Nelayan Rasa...Alhamdulilah semasa dilepaskan semua anak ikan hidup!!


Baru 15min anak ikan dah timbul nak makan!! Ini satu petanda yg baik.maknanya anak ikan ni dah leh serasi dgn keadaan kolam