Tuesday, March 31, 2009

..bang, saya nak makan..

Segelas teh tarik, segelas nescafe ais dan sepinggan maggi goreng, menjadi santapan aku dan adik aku di sebuah kedai mamak di damansara. udoh lama aku tak bersembang dengan adik bongsu aku nie..

Sembang kosong dan sembang berisi adalah menu utama dalam isu sembang antara dua beradik nie. Masa kecik-kecik dulu sembang gak dengan adik aku nie, tapi sembang kat dalam bilik atau di sekitar kawasan yang dinamakan rumah je. Tapi kali nie, zaman dah berubah, umur dah bertambah...so sembang kat kedai mamak. Cuma, yang aku musykil, dari batang kali aku datang nak jumpa dengan adik aku yang keja kat sg buluh, ke kedai mamak juga dia ajak aku minum. Kuat betul la aura kedai mamak nie. Atau, adik aku rasa lebih selesa nak bersembang di kedai mamak. Atau, mungkin gaji tak keluar lagi , so itu je lah tempat yang mampu.

Rancaklah juga kami bersembang. Macam2 topik. Dari sebesar zarah hingga la sekecil gajah. Kiranya, topik sembang hari tu merangkumi segala bentuk cerita.Sedang rancak aku dan adik aku bersembang, tetiba datang seorang anak muda yang berpakaian sukan, bermuka selamba, berbau tengit, ke meja persidangan aku dan adik aku..

Terdiam aku sekejap bila budak nie datang ke meja kami. Maka bermula mata bertentangan mata.."Bang, saya nak makan..." Satu suara yang keluar dari mulut budak tu menusuk tajam masuk ke rongga telinga aku dan adik aku, lalu diterjemahkan oleh otak aku yang budak nie datang nak makan!!

Tengok dari fizikal, budak nie nampak sihat. Tapi aku dan adik aku kehairanan, ngapa dia minta makan.Bermulalah sesi bersoal jawab. Macam 2 orang pegawai polis menyoal tertuduh atau orang yang disabitkan kesalahan untuk mendapatkan maklumat.

Budak lelaki tu, tertunduk bila pelbagai bentuk dan darjah ketajaman soalan diajukan kepadanya.Walau apa pun bentuk soalan yang aku dan adik aku tanya, budak tu memberikan jawapan "Bang, saya nak makan..."konsisten jawapan budak tu!!!Hampeh!!

Atas dasar kemanusiaan, segelas teh ais dan maggi goreng aku dan adik aku tolong order untuk budak tu.Tetiba..."Bang, saya nak maggi goreng pedas ye".Lunakan suara budak tu menusuk tajam ke rongga telinga aku dan adik aku.

"Ewah...aku pun makan maggi goreng biasa, kau nak makan lebih pada aku lak!!" Jawapan paling sopan aku bagi kat budak tu sebelum dia beredar ke meja santapannya..

Monday, March 30, 2009

..syukur 2009..



Semenjak dari hari Sabtu yang lepas atau lebih tepat lagi pada 28hb Mac 2009,rakyat Malaysia dikejutkan dengan 'peristiwa penghujung PAU'. Ada yang terharu, ada yang sebak, ada yang naik terbulu roma, ada yang terdiam, ada yang menitiskan air mata, ada yang terpacak, ada yang tersenyum, ada yang termenung dan terkecuali juga ada yang terpening kepala.

Walau seribu macam perasaan yang melanda, walau beribu tisu basah dibuang merata -rata setelah mengeringkan air mata dan hingus, aku sebagai rakyat Malaysia yang serba kerdil dan Hamba Allah yang daif, bersyukur dengan peristiwa tersebut.

Aku berharap, peristiwa bersejarah tersebut dapat menyuntik satu semangat dan lembaran baru dalam perpaduan bangsa aku yang kian goyah dan dapat memertabatkan bangsa aku yang dipandang hina.


Secara peribadi, aku tersentuh dengan kehadiran Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah ke PAU. Bila podium utama menjadi pentas 'bersatu', maka lahir satu semangat baru.

Kalau Tun Dr Mahathir sudi baca blog aku nie, aku nak ucapkan 'terima kasih atas kesudian membantu bangsa aku yang kian terpecah dan terpinggir'.

Terima kasih Tun!!!

Friday, March 27, 2009

..warkah keramat..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Aku sisipkan kat sini,secebis warkah keramat untuk kita renung dan hayati bersama.

Pemasyhuran kemerdekaan


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.
Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.


Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.
Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.

Thursday, March 26, 2009

..mentera memancing..


Masihkah kau ingat
Pada waktu itu
Seekor ikan rohu
Ku bakar di rumahmu

Masihkah kau ingat
Tok Moh Kata engkau jampi
Sejak itu dia Anti
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat kita di kolam Aji
Di kaki bukit mencari rezeki
Lalu dapat Rohu kita bakar bersama
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
Seekor ikan rohu
Di tapak tangan ini
Ia menjadi layu

Lalu ku bakar
Ia menjadi abu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Wednesday, March 25, 2009

..waiting # 2..


Udoh naik pedih mata aku menatap skrin komputer aku nie. Udoh bermacam 'laman' aku jengok. Udoh berkotak nusantara abih...Udoh bermacam gambor aku nengok. Udoh bermacam cerita aku baca dan udoh bermacam blog aku terjah...

Tapi, bila aku buka blog aku, 'follower' setia aku cuma ada 2 orang je. 'aku' dan 'kawan aku yang slalu mancing ngan aku'..

Aku sebenarnya, bukanlah nak sangat ramai 'follower'.. yang aku nak ramai yang jengok je blog aku nie. Aku ingat aku pun terpaksa memberikan 'jeep pajero' percuma lah kepada mereka yang sanggup jadi 'followers' aku...

Tuesday, March 24, 2009

..waiting..

We always in waiting. We always waiting for the something were unsure. Why we must waiting? In this world, waiting is part and parcel in life. We must wait for something which we unsure weather the things will be happens or not.

Looking back to the history, our journey to success is not easy as what we said. Lots of things will happen in middle. Lots of enemy is aiming us. Lots of time we have to sacrifice. But end of the day, after we went threw the entire obstacle, here we are...

For example, I’m not familiar to do blogging. And the worst, I don't how to create the blog. I feel so idiot because of that. But, after I did some research, and I ask my friends and also I did the 'try and error'... so here i am. I’m blogging at my own blog.

It's happens to all anglers. They have to wait for something which not sure. But why they still waiting. Because they know, they are learning something while them waiting...

So trust me, waiting is something useful in our life. But, don't ever let people do waiting because of yourself.

Think about that...

Monday, March 23, 2009

..terkenang-kenang #2..

beberapa minggu yang lepas, aku menghambakan diri ke kulompo. pegi pagi balik petang, pegi petang balik malam.pegi malam....(sendiri mau ingatla sama ada balik atau tak). Fuh, penat lutut aku yang udoh dimamah usia dan yang sering digunakan nie.

bila kau berada di tengah metropolitan yang 'pantas tak tentu hala', aku rasa berserabut,kelam kabut,kusut dan kecut.. al maklum lah, udoh lama aku tinggalkan dunia metropolitan nie.

menyingkap sejenak zaman aku di kulompo dulu, cakap je jalan apa. gerenti aku sampainya. cakap je kat mana, pasti aku sampai. cakap je rumah urut mana, pasti aku tau punya... Tapi tu dulu la. sekarang udoh insaf lah....

ha..ha.. saje aku nak kome layan ngan aku lagu nie. lagu sapa lagi kalau bukan 'sifu' punya...Tapi cam biasa la, kita layan tanpa ahli muzik..
Jom layan.....


sesat di kuala lumpur
dosa dan pahala bercampur
tapi kita perlu hidup
kita perlu terus hidup
terima kasih tuan dan nyonya
doa sejahtera kami pohonkan
pada tuhan maha kuasa
tuhan maha kuasa

mungkin.. kitakan temui kebahagiaan di kuala lumpur
dan mungkin kita akan kecewa
mungkin kita akan jadi kaya dlm lumpur
mungkin kita akan terpedaya..
mungkin kita akan terpedaya

sesat di kuala lumpur
dosa dan pahala bercampur
tapi kita perlu hidup
kita perlu terus hidup
terima kasih tuan dan nyonya
doa selamat kami pohonkan
pada tuhan maha kuasa
tuhan maha kuasa..

mungkin ada jalan di kuala lumpur
jalan bahagia
mungikin kita akan kecewa
mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
dan mungkin kitakan terpedaya
mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
mungkin kita lupa pada asalnya...

mungkin kita lupa pada asalnya..


kalau tak dema semua masih idok dapat menyingkap kisah lama dema di kulompo, nanyi lagi..Layannnnnnnnn!!!!

Saturday, March 21, 2009

..jasa joran (part 3 versi blog)..

Cahaya merah segulung rokok daun nipah, tidak dapat menerangi kesuraman bilik Leman yang sememangnya kelam. “Puh!...Puh!....” Kepulan asap meronta keluar dari mulut Leman yang sedari semalam tidak dibersihkan menuju ke destinasi yang tak pasti. Leman berbaringan sambil tangan di letakkan di atas dahi. Fikirannya melayang entah kemana. Sesekali Leman memikirkan joran yang baru dibelinya tadi. Sesekali Leman berfikir pulak tentang Merry dan sesekali pula terfikirkan $499.00 yang terkorban di kedai Ah Peng.

Sambil berbaring, mata Leman tepat dan jitu menerungi kearah joran yang baru dibelinya tadi. Leman sendiri tidak pasti, kenapa dan mengapa dia membeli joran tersebut. Udoh la warna pink pulak. “Ah… lebih baik aku tido je la. Nak pikir lebih-lebih pun joran dan terbeli. Kena maigrain lagi susoh..” Hati Leman berdetik.

“Leman…Leman….Bangkit la tido tu. Hari dah cerah nie.” Suara lunak ibu Leman membantutkan mimpi indah diwaktu subuh.

Dengan berat hati, Leman menarik gebor kapam kesayangannya hingga ke kepala.

“Leman… Idok ke kamu pergi noreh hari nie” Ibu leman bertanya.

“M.C” ringkas dan padu jawab Leman.

“Noreh pun ada M.C” Ibu Leman kehairanan.

“Maigrain” Ringkas jawab Leman.

“Lantok kamu la Leman” Ibunya berkata lantas keluar dari bilik peraduan Leman.

Sinaran matahari yang menembusi rongga-rongga kecil dinding bilik, membuatkan Leman terjaga dari tidurnya. Terasa malas semacam untuk menoreh pada hari itu. Leman tak tau kenapa. Sambil merenggangkan otot-otot yang tak seberapa di atas tilam usang, mata Leman terpandang ke dinding.

“Udoh pukui 10 pagi. Masih awal lagi” detik hati Leman.

Leman bangkit dari lapangan peraduannya dan terus ke ‘studio pembersihan’ untuk membersihkan dirinya yang tak dilakukan semenjak semalam. Selesai rutin membersih dan mengenakan uniform biasa, Leman keluar dari rumahnya untuk ke kebun arwah bapanya.

“Leman!....Amboi laju bebenor kamu jalan tu. Nak kemana tu pepagi nie. Ateh… marila singgah ngeteh dulu” Tok Moh mempelawa Leman.

Langkah Leman terhenti seketika, lantas ia memusingkan arah laluannya yang ke warong Pak Pakat untuk berjumpa dengan Tok Moh.

“Laju bebenor kamu berjalan. Ateh ada hal penting ke” Tok Moh mengulangi soalannya.

“Idok ada la ada hal apanya. Macam biasa la, on the way nak pergi ke kebun orang tua” Jawab Leman.

“Kau nak makan apa Leman” Jerit Pak Pakat menanyakan order.

“Tak ada selera nak makan la Pak Pakat, bagi saya ayor tongkat ali udoh le. Bubuh susu ye” pesanan Leman.

“Aku nengor kamu ada beli joran baru” Toh Moh bertanyakan Leman.

“Mana tahu” Leman terkejut.

“Ateh… Tadi aku berselisih dengan Pak Lah. Dia yang bagi tahu aku yang ko ada beli joran baru.” Jawab Toh Moh.

“Ada” Ringkas dari Leman

“Ateh… tak kan beli mahal-mahal gantung kat dinding. Rugi la yob.” Kata Toh Moh.

Berdesing telinga Leman bila mendengarkan kata-kata perli dari Toh Moh. “Hampeh Pak Lah, ko bagi tau pada orang tua nie buat apa” detik hati Leman.

“Bukan tak mau pegi mancing, joran tu belum diperasap lagi” Balas Leman.

“Issk!... Buat apa nak perasap joran. Joran tu kan joran mahal. Hodoh warnanya esok kalau diperasap. Ko tengok macam aku, tak payah nak perasap joran. Bila mancing dapat gak ikan. Bukan pakai umpan apa pun, dedak aje” Toh Moh berkata sambil tersenyum.

Tercabar kejantanan Leman bila Tok Moh berkata begitu, lantas menjawab “ Ok, sebut time nak mancing bila dan lokasi”

“Sekarang udoh dekat pukui 11.30 pagi. Apa kata kita pergi ke kampung Hulu 30. aku nengor, ket sana ada kolam baru buka.” Pelawa Tok Moh

“Kolam baru! Kolam ayor tawar ke” Leman bertanya lagi.

“Idok,bukan kolam ayor tawar, tapi kolam ayor masin. Sekali sekala moh la kita cuba ikan ayor masin. Ini bebalik makan Tilapia je..” Toh Moh mengayat Leman.

“Abih…ada ke alatan untuk mancing ikan laut nie. Teman idok ada. Takat nak ngail sungai tu, boleh la.” Tegas Leman.

“Issk.. kamu nie.Aku ada semua alatnya tu. Ket rumah aku semuanya. Ko jangan risau la. Kalu tak, tak kan la orang panggil aku Tok Moh” jawab Tok Moh dengan bangganya.

“Porah!!!... Perambut pun tak reti nak buat, perasan dirinya Tok Moh” detik hati Leman.

“Ok. Kita pegi pukui 12 boleh. Tapi teman idok la cukup budget pengerasnya” Leman memberitahu Tok Moh.

“Apa yang ko nak susah, kita tong-tong la” jawab Tok Moh.

“Ok.” Ringkas jawab Leman. Selepas menghabiskan ayor tongkat alinya, Leman bangkit dari meja terus berpatah balik ke rumah.

“Leman!...Ayor kamu nie tak reti bayar ke” Jerit Pak Pakat.

“Tok Moh kasi settle nanti” jawab Leman sambil berlari ala anak kucing balik ke rumahnya.

Tersedak Tok Moh bila mendengar Leman berkata begitu…

Leman udoh bersiap sedia menunggu Tok Moh di simpang yang dijanjikan. Berbekalkan joran barunya, Leman bertekad untuk menakluki kolam baru di kg Hulu 30.

“Mana orang tua nie. Udoh berpeluh ketiak aku nie. Janji pukui 12. Nie dah dekat pukui 12.30” detik hati Leman sambil memerhatikan matahari.

Dari jauh Leman nampak kelibat Tok Moh yang menunggang motornya. “Dah lama sampai ke” ujar Tok Moh.

“Idok le lama sangat. Tapi kalau bakar rohu, dah lama hangus rohu tu” kata Leman

Tanpa mempedulikan jawapan dari Leman, Tok Moh menyuruh Leman menaiki motornya untuk pergi ke medan pancingan. Ibarat hulubalang dari pantai timur ditambah lagi dengan pengalamannya sebagai bekas pengendali kursus motivasi, Tok Moh sampai ke kolam dalam tempoh tak sampai 15 minit. Itulah kehebatan Tok Moh. Ibarat pepatah melayu, di mana ada Tok Moh, disitulah ada kolam pancing dan di mana ada kolam pancing, pasti Tok Moh mengetahui lokasinya.

Ibarat angkasawan baru pulang dari angkasa, begitulah kehebatan publisiti dan reputasi Tok Moh. Dimana-mana saja ada kenalannya.

“Hay ya Tok Moh. Lu datang juga kolam gua. Gua ingat lu tarak suka pancing ini ikan” Song menyapa Tok Moh.

“Mesti mali punya. Mancing maa” balas Tok Moh dengan telo cina.

“Ok. Berapa jam lu mancing” Song inginkan kepastian dari Tok Moh.

“saya mau cuba 3jam dulu.. Satu joran saja. Bagi udang mati. Nah ambil $30.” Kata Tok Moh sambil menghulurkan pengeras untuk memancing.

“Toke, itu udang $3. mana cukup”

“$3 mau kira ka. Lepas mancing saya bayar sama lu” balas Tok Moh sambil melangkah ke kolam untuk memilih port yang ada ong.

Setelah separuh dari kolam tersebut di tawaf, akhirnya Tok Moh berjaya mengenalpasti tempat yang diyakininya mempunyai ‘ong’.

“Meh kita parking ket sinie. Aku rasa, ikan banyak main kat sini” kata Tok Moh dengan yakin.

“Abih…kalau kat sini ikan banyak, ngape dema semua tu tak mancing ket sini” Leman bertanya.

“La.. dema semua tu bukan reti pilih tempat. Yang dema tau mancing je. Aku kan Tok Moh, mustilah aku tahu tempat yang sesuai. Nie karang, kalau idok naik 5 ekor, usoh panggil aku Tok Moh” riak bukan main Tok Moh atau nama sebenarnya Mat Utai Bin Kuyup.

Tanpa melengahkan masa, Leman mempersiapkan joran barunya sambil Tok Moh mempersiapkan hidangan untuk si siakap. “Ateh, mana perambutnya” Leman bertanya kepada Tok Moh

“Ko cari dalam plastic pink tu. Aku dah bawa semuanya tadi termasuk gari” jawab Tok Moh.

“La… Ini perambut untuk mancing rohu. Mata Boom, mata rambai ada le. Macam mana nak pakai untuk mancing siakap” ujar Leman

“Ngape, idok ke buleh pakai perambut tu.” Tok Moh sambil tersengeh

“Pakai tu boleh. Tapi bukan nye ket kolam nie. Ket kolam Pak Ajie Harry boleh la. Tak ngape la, biar aku tanya pada Song tu, ada tak jual perambut.” jawab Leman dengan penuh adab sopan sambil menahan sabar.

Dengan langkah yang agak laju Leman menuju ke kaunter untuk membeli perambut.

“Boss… itu perambut ada jual ka”. Leman bertanyakan kepada Song.

“Adaaa… mana muleh talak. Belapa manyak lu mau.” Song bertanya.
“Emmm…..bagi satu”. Jawab Leman

“Hay ya! Wa tatak jual satu woo… wa jual 1 plastik wo..3 linggit ma satu plastik”
kata Song

“Oklah…bagi la satu plastik. Nah..Lu angkat nie 3 ringgit” Kata Leman sambil mengambil perambut tersebut.

Sambil menunjukkan perambut yang dibelinya Leman berkata “ Ateh…nie la dinamakan perambut untuk ikan ayor masin”.

“Aku tau.. saje je nak ngetest dema” jawab Tok Moh sambil tersengeh.

“Bak kemari udang tu, aku nak letak ket perambut nie” sambung Tok Moh.

Dengan gaya seorang jaguh mancing, Tok Moh melepaskan lontaran pertama dengan penuh gaya dan tahap konsentrasi yang amat tinggi.

Pada masa yang sama, Leman ternampak udang yang dijadikan umpan oleh Tok Moh melabuhkan dirinya berlawanan arah dengan lontaran joran.

“Lah…ngape udang tu tanggal. Idok disangkut kuat kat mata kail ke” Tegur Leman.

“Aku rasa aku udoh gumpal kuat-kuat ket mata kail tadi” jawab Tok Moh

“Apa! Gumpal! Mana ada orang gumpal udang tu kat mata kail. Orang sangkut kan udang tu kat mata kail. Tak pernah dibuat orang gumpal udang kat mata kail. Mana punya sifu yang ajor nie” Leteran Leman

Tok Moh hanya tersengeh mendengarkan leteran Leman. Dengan muka selamba, dia menyerahkan joran kepada Leman sambil berkata “ Nah.. ko baling la pulak”

Leman mengambil joran tersebut lalu udang disangkutkan di mata kail. Dengan darjah kemarahan yang hampir mencecah tahap maigrain, Leman pun memulakan perjuangan mencari siakap.

Lontaran demi lontaran dibuat oleh Leman. Puas melontar ke kiri, Leman mengubah hala ke kanan. Puas melontar ke kanan, ke kiri menjadi pilihan. Tekun leman melontar demi seekor ikan.

Hampir 15 minit Leman melontar namun sentakan ikan belum dapat dirasainya lagi.

“Ateh… idok lenguh ke yob” Tok Moh menegur.

Tanpa mempedulikan Tok Moh, Leman terus melontar. Tahap kelenguhan Leman masih dapat dikawal walaupun sudah mencecah darjah kepenatan.
Tetiba satu sentapan yang amat hebat di abad ini berlaku. Joran yang tadinya lurus menjadi bengkok. Rokok gulung yang bertapa dibibir Tok Moh jatuh menyembah simen kolam pancing. Mata Tok Moh terbeliak umpama ternampak jembalang.

Leman masih berjuang dengan ikan. Ditarik, dilepas, ditarik, dilepas. Leman terpaksa memperkuatkan kekudanya kerana serangan balas dari mangsa agak ganas. Ketiak Leman sudah basah disirami dengan air mineral semulajadi.begitu juga dengan dahi dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya.

Mangsa semakin lemah. Namun masih ingin mencuba untuk melepaskan diri. Sesekali diasak ke kiri dan sesekali diasak ke kanan. Tanpa disedari, air liur Tok Moh terkeluar menjejeh dek disebabkan keasyikkan melihat Leman bertarung.

Akhirnya, mangsa menyerah kalah. Leman berjaya menewaskan sang siakap yang ganas di kolam ayor masin. Hidung Leman kembang. Dadanya bertambah bidang bila melihat siakap terbaring di atas simen.

Kilauan sisik siakap menyebabkan Tok Moh tidak dapat duduk diam. Terasa ketererannya telah dicabul oleh budak hingusan seperti Leman.

“Kecik je siakapnya” antara sedar dan tidak suara Tok Moh kedengaran.

“Kecik bendanya Tok Moh, nie mau dekat 3 kilo nie” Leman mencantas Tok Moh.

Tanpa membuang masa, Tok Moh mengambil joran untuk mencuba nasibnya pula. Kehangatan suhu diwaktu ini tidak dapat menandingi kehangatan suhu di dalam hati Tok Moh.

Suasanan kolam sepi seketika. Udoh hampir 30 minit Tok Moh melontar. Belum ada tanda-tanda sentakkan. Dari duduk Tok Moh berdiri. Udoh lenguh berdiri, Tok Moh duduk. Begitulah rutin Tok Moh sepanjang 30 minit berlalu.

Leman yang duduk berehat kepenatan, bertanyakan kepada Tok Moh “Agak-agak ikan siakap nie masak apa yang sedap”

Mendengar soalan tersebut,darjah kehangatan hati Tok Moh makin ketara. Tanpa menghiraukan soalan Leman, Tok Moh meneruskan lontaran.

Umpan udang yang sedari tadi segar, kini telah lembik. Namun sentakkan belum lagi kelihatan.

“Patut la tak makan, udang dah lembik” alasan Tok Moh untuk meredakan kehangatan hati.

Leman hanya tersenyum sambil memerhatikan Tok Moh menukar udang.

“Aku nak lontar ket hujung sanalah” Tok Moh memaklumkan kepada Leman pertukaran posisi dan gratitude port melontar.

Leman hanya diam dan tersenyum sambil melihat gelagat Tok Moh.

“Tok Moh nak pesan ayor apa. Saya haus bebenor nie” Dengan penuh adab sopan Leman bertanyakan kepada Tok Moh.

“Aku tak haus lagi” Ringkas jawab Tok Moh.

Leman meneruskan perjalanan ke warung yang terletak di dalam kawasan memancing. Anak tekaknya sudah menjerit ke hausan.

Udoh nak abih segelas air, namun kelibat Tok Moh melawan sentakkan belum lagi kelihatan. Masa untuk memancing hanya tinggal 15 minit lagi. Selesai membayar, Leman menuju kearah Tok Moh.

“Ateh… tinggal 15 minit lagi nie” Leman bagi hints pada Tok Moh.

“Hiss!.. ada masa lagi.. kalau terlebih masa nanti aku tambah lah duit. Apa ada helnye..” jawab Tok Moh.

Sedang asyik melayan lontaran, tubuh kerdil Tok Moh tergoncang dengan satu sentakan. Nasib baik Tok Moh dapat mengawal keadaan dan kemachoannya.

“Hah!!!... Udoh kena dah. Itu la aku kata, ket sini ada ikan.” Teriakkan Tok Moh menarik perhatian seluruh warga kolam. Semua mata ahli kolam bertumpu dan tertumpu ke arah Tok Moh.

Menyedari dirinya sedang diperhatikan, Tok Moh memperkemaskan langkah dan gayanya agar imejnya dan gelarannya sebagai Tok Moh mendapat pujian.

Mempraktikkan ilmu yang diperolehi dari Ah Peng, Tok Moh mengawal keadaan dengan baik sekali. Mangsa yang cuba melawan, tampak semakin lemah. Kembang kempis hidung Tok Moh mengawal pernafasan agar tenaga dalaman dapat digunakan sebaik mungkin.

Akhirnya, mangsa menyerah diri ditepi kolam. Kelibat mangsa sudah kelihatan.

“La…Lampam rupenye!!! Tumpoo teman.” Kata Tok Moh.

Melihatkan keadaan tersebut, Leman tidak dapat menahan ketawanya, lalu dilepaskanya juga “Haaaa…Haaaa…Haaaa..Haaa….”…..

..terkenang kenang..

cuba mike teka, lagu sapa nie.. hah! mudah je kan.. udoh tahu sapa yang nyanyikan. Moh kita nyanyi secara tanpa ahli muzik, agar aura dan maksud lagu nie meresap masuk ke minda mike, lantas mencetuskan kembali memori daun pisang mike..

Moh kita Layan.......


Ku Jejak
Jalan Yang Berliku
Membara Jiwaku
Memburu Impian

Ku Renang Lautan Gelora
Biarpun Tersadai
Di Hujung Dunia
Akan Ku Rempuhi Segala Rintangan
Biarpun Rebah Ku Bangun Sendiri

Korus
Akan Ku Genggam Biarpun Hitam
Menjadi Milikku

Ku Mula
Dengan Langkah Ini
Menuju Sinaran Yang Abadi

Kalau rasa idok meresap lagi, moh nyanyi lagi...

LAYAN!!!!!!!!

Friday, March 20, 2009

..hari jumaat..

hari nie hari jumaat.. malam tadi malam jumaat..bila sebut malam jumaat musti ramai yang senyum, sengeh dan yang tak kurang bersiul...

patutnya, malam tadi kita g surau... baca surah yasin... baru la ada berkat. nie tidak, malam tadi aku dok layan komputer aku sampai 1 pagi...

patutnya, malam tadi, banyakkan amal..

patutnya, hari nie eloklah kita banyakkan sedekah. bukan banyakkan berkelah...

patutnya, cuba kita renung sejenak... kita renung tentang diri kita balik...

pendek kata, banyak perkara yang kita boleh buat selain dari 'malam jumaat' pada setiap hari jumaat...

Monday, March 16, 2009

..semakin gawat..

....terpanggil untuk melepaskan rasa yang lama dah terpendam, lalu antara mahu dan tidak, aku cuba untuk melepaskannya....

siapa yang sebenarnya menjadi mangsa.. kalau dulu 'tilam' dijadikan barang usungan ke mahkamah, kini giliran pokok pula. apa lah salahnya pokok tersebut hingga dihapuskan pulak. salah ke kalau bersidang dibawah teduhan pokok. lagi pun itu lah salah satu fungsi pokok.(memberi teduhan)

aku cukup hairan la....tetiba je ada lak 'adhoc' projek lak.. semakin gawat situasi nie. hasil dari peristiwa persidangan dibawah pokok, ada beberapa pengajaran yang aku nak sampaikan :

i. setiap pokok tidak boleh diletakkan 'plak' walaupun bertujuan untuk memberi maklumat mengenai spesis pokok.

ii.tidak boleh tanam pokok sesuka hati, dikhuatiri akan adanya projek 'adhoc'

iii.jangan berhimpun atau berteduh dibawah pokok, kalau tidak pokok itu akan ditebang

iv. apa akan jadi kepada kempen 'hijaukan bumi' kalau semua pokok ditebang

walau apa pun andaian dan pengajarannya, aku masih tak boleh terima hakikat bahawasanya ada juga manusia (yang dianugerahkan dengan akal fikiran) dengki dan sakit hati dengan pokok!!

gawat dan semakin gawat jadinya....

Friday, March 13, 2009

..kolumpo 09..

FUH!!!... pening kejap kepala aku.. pening dengan kepantasan manusia metropolitan... udoh lama aku idok melangkah kan kaki ke dunia nie. terasa asing. ibarat baru keluar dari tempurung..

SEMPIT!!.. macam dah tak ada ruang di metropolitan. sini sana ada halangan yang pelbagai bentuk dan warna. lorongan kecil jadi tempat umat menyusuri ke menujui kiblat tersendiri..

SESAK!!... bukan susah nak nafas, tapi kepadatan umat metopolitan yang seolah tak kenal erti aman. sana sini pasti ada umat yang aku sendiri tak pasti mana diorang nie pegi...kerja ke atau kemana mana...

SESAT!!...macam -macam sesat yang ada. sesat jalan dan sesat pedoman udoh sinonim dengan metropolitan...udoh jadi asam dan garam..

...sesat di kuala lumpur
dosa dan pahala bercampur....

ada benar gak bait-bait kata lagu sesat di kuala lumpur...Tapi lagi best kalau kita pergi kolumpo sambil nyanyi lagu nie....