Saturday, December 20, 2008

..l.e.m.a.n.t.a.k.k.i.s.a.h..

seperjalanan pulang ke rumah, leman terusan berdegus sambil memikirkan set pancing yang telah ghaib di sungai. pancing tersebut merupakan hadiah dari bekas buah hati leman yang bernama Temah..udoh le buah hati di kebas orang, pancing gua pulloookk hilang....
sampai di satu selekoh, leman berhenti sambil memerhatikan rumpunan buluh yang segar dan rendang. leman duduk di bawah rumpunan buluh sambil menyanyikan lagu rendang tak berbuah...antara ingat dan lupa senikata lagu tersebut..leman tertidur keletihan..
leman tak pasti entah berapa lama dia terlelap di bawah rimbunan buluh tersebut..bila leman terjaga, leman terus menghidupkan saki baki rokok gulungnya..hembusan demi hembusan kabus menerpa keluar dari mulut dan hidung leman yang sememangnya dipenuhi semak..
leman memandang ke arah rumpunan buluh tempat dia bertapa seketika, diambilnya parang lalu dicantas salah satu dari batang buluh tersebut..leman membersihkan batang buluh tersebut..dirautnya batang buluh sambil menghisap rokok gulungnya..
selesai saja meraut buluh tersebut, leman bergegas pulang ke rumah kerana hari udoh nak malam...buluh yang telah diraut tadi leman ubahsuai menjadi pancing...hajat dihati leman untuk membalas dendam ke atas ikan yang telah menyentap pancing 'shimano'nya...
dengan semangat yang jitu, keesokkan paginya leman bangun seawal mungkin. tanpa membersihkan diri, leman mengambil pancing buatannya.. alangkah terkejut nya leman bila dia dapati pancing buatannya hilang, puas dicari di dalam bilik yang tak berupa bilik..tapi tak jumpa.. Huh! berdengus lagi leman. migrain leman naik ke peringkat 4!! mana pergi pancing aku nie...
leman buka tingkap agar ruang bilik menjadi cerah ... tapi masih tak ketahuan pancing buatannnya... leman terduduk di dinding bilik... dari rongga-rongga udara yang ada di dinding, kelihatan ibunya sedang duduk dipangkin buluh ciptaan leman...terkezut nya leman bila dia ternampak pancingnya di pegang oleh ibunya...
leman bertanya kepada ibunya " omak..omak nak buek apo ngan pancing den"
ibu leman tersenyum seraya berkata " mak cik pah ajak omak pogi mancing .. dio kato tak rock la pogi noreh hari minggu. leman tak kisah yo omak guna pancing leman" ibu leman bertanya.. dengan lemah gemalai bercampur geram kesumat leman menjawab
" iyo..leman tak kisah mak ooiiiii"....

Kisah ini adalah kesinambungan dari "segulung rokok daun" nuklilan a.k.u.p.e.n.t.o.i.

moral cerita : jangan mudah putus asa, usaha tangga kejayaan dan jangan jadi anak durhaka...

..j.a.n.t.u.n.g..

gelak la aku dengar bila kawan aku kata "jantung nak diswastakan"..dunia dah nak terbalik atau sememangnya dunia dah terbalik.. ada ke jantung pun nak diswastakan... apa punye otak la lu orang... lu orang tau tak, jantung tu adalah anugerah Allah yang habitatnya dalam tubuh badan kita..besar fungsi jantung tu..bukan takat nak pam darah je keseluruh pelusuk urat termasuk la urat yang tersumbat...

cuba la ko orang bayangkan...kalau jantung tu boleh dijual beli.. agaknya apa yang akan terjadi.. jawabnya ramai la umat bunuh umat kerana jantung, bukannya kerana harta atau wang ringgit...heran aku...

tapi yang sebenarnya yang kawan aku maksudkan bukanlah jantung tapi Institut Jantung Negara(IJN)..Huh! mati lah kalau IJN diswastakan...pada golongan yang sedarjat dengan aku nie, aku berdoa kepada ALLAH s.w.t agar aku, keluarga aku, sahabat handai aku dan mereka yang sewaktunya agar dijauhkan dari penyakit itu...

mengapa yek IJN nak diswastakan...heran lagi aku. kekadang tu, aku tak faham la...tak tercapai di akal aku tujuan, maksud, hala tuju dunia sekarang...

bila berita IJN nak diswastakan heboh satu malaya(terimakasih la media massa), aku teringat kat kepada seorang kawan aku yang sakit jantung. dia nie dah sakit jantung lama dah..dah ada bateri pun jantung yang ada sekarang nie...tiap-tiap bulan dia nie kena menziarah IJN ambil vitaman (bukan vitamin).dia pernah kata kat aku, bateri jantung dia boleh tahan max 8 kali "spark" je...lepas tu kena tukar bateri baru...yang aku risau kan, bila ada ura2 nak swastakan IJN...aku risau bukan bateri jantung dia yang spark lagi tapi DIA PERGI SEPAK ORANG YANG BUAT CADANGAN NAK SWASTAKAN IJN......