Saturday, March 21, 2009

..jasa joran (part 3 versi blog)..

Cahaya merah segulung rokok daun nipah, tidak dapat menerangi kesuraman bilik Leman yang sememangnya kelam. “Puh!...Puh!....” Kepulan asap meronta keluar dari mulut Leman yang sedari semalam tidak dibersihkan menuju ke destinasi yang tak pasti. Leman berbaringan sambil tangan di letakkan di atas dahi. Fikirannya melayang entah kemana. Sesekali Leman memikirkan joran yang baru dibelinya tadi. Sesekali Leman berfikir pulak tentang Merry dan sesekali pula terfikirkan $499.00 yang terkorban di kedai Ah Peng.

Sambil berbaring, mata Leman tepat dan jitu menerungi kearah joran yang baru dibelinya tadi. Leman sendiri tidak pasti, kenapa dan mengapa dia membeli joran tersebut. Udoh la warna pink pulak. “Ah… lebih baik aku tido je la. Nak pikir lebih-lebih pun joran dan terbeli. Kena maigrain lagi susoh..” Hati Leman berdetik.

“Leman…Leman….Bangkit la tido tu. Hari dah cerah nie.” Suara lunak ibu Leman membantutkan mimpi indah diwaktu subuh.

Dengan berat hati, Leman menarik gebor kapam kesayangannya hingga ke kepala.

“Leman… Idok ke kamu pergi noreh hari nie” Ibu leman bertanya.

“M.C” ringkas dan padu jawab Leman.

“Noreh pun ada M.C” Ibu Leman kehairanan.

“Maigrain” Ringkas jawab Leman.

“Lantok kamu la Leman” Ibunya berkata lantas keluar dari bilik peraduan Leman.

Sinaran matahari yang menembusi rongga-rongga kecil dinding bilik, membuatkan Leman terjaga dari tidurnya. Terasa malas semacam untuk menoreh pada hari itu. Leman tak tau kenapa. Sambil merenggangkan otot-otot yang tak seberapa di atas tilam usang, mata Leman terpandang ke dinding.

“Udoh pukui 10 pagi. Masih awal lagi” detik hati Leman.

Leman bangkit dari lapangan peraduannya dan terus ke ‘studio pembersihan’ untuk membersihkan dirinya yang tak dilakukan semenjak semalam. Selesai rutin membersih dan mengenakan uniform biasa, Leman keluar dari rumahnya untuk ke kebun arwah bapanya.

“Leman!....Amboi laju bebenor kamu jalan tu. Nak kemana tu pepagi nie. Ateh… marila singgah ngeteh dulu” Tok Moh mempelawa Leman.

Langkah Leman terhenti seketika, lantas ia memusingkan arah laluannya yang ke warong Pak Pakat untuk berjumpa dengan Tok Moh.

“Laju bebenor kamu berjalan. Ateh ada hal penting ke” Tok Moh mengulangi soalannya.

“Idok ada la ada hal apanya. Macam biasa la, on the way nak pergi ke kebun orang tua” Jawab Leman.

“Kau nak makan apa Leman” Jerit Pak Pakat menanyakan order.

“Tak ada selera nak makan la Pak Pakat, bagi saya ayor tongkat ali udoh le. Bubuh susu ye” pesanan Leman.

“Aku nengor kamu ada beli joran baru” Toh Moh bertanyakan Leman.

“Mana tahu” Leman terkejut.

“Ateh… Tadi aku berselisih dengan Pak Lah. Dia yang bagi tahu aku yang ko ada beli joran baru.” Jawab Toh Moh.

“Ada” Ringkas dari Leman

“Ateh… tak kan beli mahal-mahal gantung kat dinding. Rugi la yob.” Kata Toh Moh.

Berdesing telinga Leman bila mendengarkan kata-kata perli dari Toh Moh. “Hampeh Pak Lah, ko bagi tau pada orang tua nie buat apa” detik hati Leman.

“Bukan tak mau pegi mancing, joran tu belum diperasap lagi” Balas Leman.

“Issk!... Buat apa nak perasap joran. Joran tu kan joran mahal. Hodoh warnanya esok kalau diperasap. Ko tengok macam aku, tak payah nak perasap joran. Bila mancing dapat gak ikan. Bukan pakai umpan apa pun, dedak aje” Toh Moh berkata sambil tersenyum.

Tercabar kejantanan Leman bila Tok Moh berkata begitu, lantas menjawab “ Ok, sebut time nak mancing bila dan lokasi”

“Sekarang udoh dekat pukui 11.30 pagi. Apa kata kita pergi ke kampung Hulu 30. aku nengor, ket sana ada kolam baru buka.” Pelawa Tok Moh

“Kolam baru! Kolam ayor tawar ke” Leman bertanya lagi.

“Idok,bukan kolam ayor tawar, tapi kolam ayor masin. Sekali sekala moh la kita cuba ikan ayor masin. Ini bebalik makan Tilapia je..” Toh Moh mengayat Leman.

“Abih…ada ke alatan untuk mancing ikan laut nie. Teman idok ada. Takat nak ngail sungai tu, boleh la.” Tegas Leman.

“Issk.. kamu nie.Aku ada semua alatnya tu. Ket rumah aku semuanya. Ko jangan risau la. Kalu tak, tak kan la orang panggil aku Tok Moh” jawab Tok Moh dengan bangganya.

“Porah!!!... Perambut pun tak reti nak buat, perasan dirinya Tok Moh” detik hati Leman.

“Ok. Kita pegi pukui 12 boleh. Tapi teman idok la cukup budget pengerasnya” Leman memberitahu Tok Moh.

“Apa yang ko nak susah, kita tong-tong la” jawab Tok Moh.

“Ok.” Ringkas jawab Leman. Selepas menghabiskan ayor tongkat alinya, Leman bangkit dari meja terus berpatah balik ke rumah.

“Leman!...Ayor kamu nie tak reti bayar ke” Jerit Pak Pakat.

“Tok Moh kasi settle nanti” jawab Leman sambil berlari ala anak kucing balik ke rumahnya.

Tersedak Tok Moh bila mendengar Leman berkata begitu…

Leman udoh bersiap sedia menunggu Tok Moh di simpang yang dijanjikan. Berbekalkan joran barunya, Leman bertekad untuk menakluki kolam baru di kg Hulu 30.

“Mana orang tua nie. Udoh berpeluh ketiak aku nie. Janji pukui 12. Nie dah dekat pukui 12.30” detik hati Leman sambil memerhatikan matahari.

Dari jauh Leman nampak kelibat Tok Moh yang menunggang motornya. “Dah lama sampai ke” ujar Tok Moh.

“Idok le lama sangat. Tapi kalau bakar rohu, dah lama hangus rohu tu” kata Leman

Tanpa mempedulikan jawapan dari Leman, Tok Moh menyuruh Leman menaiki motornya untuk pergi ke medan pancingan. Ibarat hulubalang dari pantai timur ditambah lagi dengan pengalamannya sebagai bekas pengendali kursus motivasi, Tok Moh sampai ke kolam dalam tempoh tak sampai 15 minit. Itulah kehebatan Tok Moh. Ibarat pepatah melayu, di mana ada Tok Moh, disitulah ada kolam pancing dan di mana ada kolam pancing, pasti Tok Moh mengetahui lokasinya.

Ibarat angkasawan baru pulang dari angkasa, begitulah kehebatan publisiti dan reputasi Tok Moh. Dimana-mana saja ada kenalannya.

“Hay ya Tok Moh. Lu datang juga kolam gua. Gua ingat lu tarak suka pancing ini ikan” Song menyapa Tok Moh.

“Mesti mali punya. Mancing maa” balas Tok Moh dengan telo cina.

“Ok. Berapa jam lu mancing” Song inginkan kepastian dari Tok Moh.

“saya mau cuba 3jam dulu.. Satu joran saja. Bagi udang mati. Nah ambil $30.” Kata Tok Moh sambil menghulurkan pengeras untuk memancing.

“Toke, itu udang $3. mana cukup”

“$3 mau kira ka. Lepas mancing saya bayar sama lu” balas Tok Moh sambil melangkah ke kolam untuk memilih port yang ada ong.

Setelah separuh dari kolam tersebut di tawaf, akhirnya Tok Moh berjaya mengenalpasti tempat yang diyakininya mempunyai ‘ong’.

“Meh kita parking ket sinie. Aku rasa, ikan banyak main kat sini” kata Tok Moh dengan yakin.

“Abih…kalau kat sini ikan banyak, ngape dema semua tu tak mancing ket sini” Leman bertanya.

“La.. dema semua tu bukan reti pilih tempat. Yang dema tau mancing je. Aku kan Tok Moh, mustilah aku tahu tempat yang sesuai. Nie karang, kalau idok naik 5 ekor, usoh panggil aku Tok Moh” riak bukan main Tok Moh atau nama sebenarnya Mat Utai Bin Kuyup.

Tanpa melengahkan masa, Leman mempersiapkan joran barunya sambil Tok Moh mempersiapkan hidangan untuk si siakap. “Ateh, mana perambutnya” Leman bertanya kepada Tok Moh

“Ko cari dalam plastic pink tu. Aku dah bawa semuanya tadi termasuk gari” jawab Tok Moh.

“La… Ini perambut untuk mancing rohu. Mata Boom, mata rambai ada le. Macam mana nak pakai untuk mancing siakap” ujar Leman

“Ngape, idok ke buleh pakai perambut tu.” Tok Moh sambil tersengeh

“Pakai tu boleh. Tapi bukan nye ket kolam nie. Ket kolam Pak Ajie Harry boleh la. Tak ngape la, biar aku tanya pada Song tu, ada tak jual perambut.” jawab Leman dengan penuh adab sopan sambil menahan sabar.

Dengan langkah yang agak laju Leman menuju ke kaunter untuk membeli perambut.

“Boss… itu perambut ada jual ka”. Leman bertanyakan kepada Song.

“Adaaa… mana muleh talak. Belapa manyak lu mau.” Song bertanya.
“Emmm…..bagi satu”. Jawab Leman

“Hay ya! Wa tatak jual satu woo… wa jual 1 plastik wo..3 linggit ma satu plastik”
kata Song

“Oklah…bagi la satu plastik. Nah..Lu angkat nie 3 ringgit” Kata Leman sambil mengambil perambut tersebut.

Sambil menunjukkan perambut yang dibelinya Leman berkata “ Ateh…nie la dinamakan perambut untuk ikan ayor masin”.

“Aku tau.. saje je nak ngetest dema” jawab Tok Moh sambil tersengeh.

“Bak kemari udang tu, aku nak letak ket perambut nie” sambung Tok Moh.

Dengan gaya seorang jaguh mancing, Tok Moh melepaskan lontaran pertama dengan penuh gaya dan tahap konsentrasi yang amat tinggi.

Pada masa yang sama, Leman ternampak udang yang dijadikan umpan oleh Tok Moh melabuhkan dirinya berlawanan arah dengan lontaran joran.

“Lah…ngape udang tu tanggal. Idok disangkut kuat kat mata kail ke” Tegur Leman.

“Aku rasa aku udoh gumpal kuat-kuat ket mata kail tadi” jawab Tok Moh

“Apa! Gumpal! Mana ada orang gumpal udang tu kat mata kail. Orang sangkut kan udang tu kat mata kail. Tak pernah dibuat orang gumpal udang kat mata kail. Mana punya sifu yang ajor nie” Leteran Leman

Tok Moh hanya tersengeh mendengarkan leteran Leman. Dengan muka selamba, dia menyerahkan joran kepada Leman sambil berkata “ Nah.. ko baling la pulak”

Leman mengambil joran tersebut lalu udang disangkutkan di mata kail. Dengan darjah kemarahan yang hampir mencecah tahap maigrain, Leman pun memulakan perjuangan mencari siakap.

Lontaran demi lontaran dibuat oleh Leman. Puas melontar ke kiri, Leman mengubah hala ke kanan. Puas melontar ke kanan, ke kiri menjadi pilihan. Tekun leman melontar demi seekor ikan.

Hampir 15 minit Leman melontar namun sentakan ikan belum dapat dirasainya lagi.

“Ateh… idok lenguh ke yob” Tok Moh menegur.

Tanpa mempedulikan Tok Moh, Leman terus melontar. Tahap kelenguhan Leman masih dapat dikawal walaupun sudah mencecah darjah kepenatan.
Tetiba satu sentapan yang amat hebat di abad ini berlaku. Joran yang tadinya lurus menjadi bengkok. Rokok gulung yang bertapa dibibir Tok Moh jatuh menyembah simen kolam pancing. Mata Tok Moh terbeliak umpama ternampak jembalang.

Leman masih berjuang dengan ikan. Ditarik, dilepas, ditarik, dilepas. Leman terpaksa memperkuatkan kekudanya kerana serangan balas dari mangsa agak ganas. Ketiak Leman sudah basah disirami dengan air mineral semulajadi.begitu juga dengan dahi dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya.

Mangsa semakin lemah. Namun masih ingin mencuba untuk melepaskan diri. Sesekali diasak ke kiri dan sesekali diasak ke kanan. Tanpa disedari, air liur Tok Moh terkeluar menjejeh dek disebabkan keasyikkan melihat Leman bertarung.

Akhirnya, mangsa menyerah kalah. Leman berjaya menewaskan sang siakap yang ganas di kolam ayor masin. Hidung Leman kembang. Dadanya bertambah bidang bila melihat siakap terbaring di atas simen.

Kilauan sisik siakap menyebabkan Tok Moh tidak dapat duduk diam. Terasa ketererannya telah dicabul oleh budak hingusan seperti Leman.

“Kecik je siakapnya” antara sedar dan tidak suara Tok Moh kedengaran.

“Kecik bendanya Tok Moh, nie mau dekat 3 kilo nie” Leman mencantas Tok Moh.

Tanpa membuang masa, Tok Moh mengambil joran untuk mencuba nasibnya pula. Kehangatan suhu diwaktu ini tidak dapat menandingi kehangatan suhu di dalam hati Tok Moh.

Suasanan kolam sepi seketika. Udoh hampir 30 minit Tok Moh melontar. Belum ada tanda-tanda sentakkan. Dari duduk Tok Moh berdiri. Udoh lenguh berdiri, Tok Moh duduk. Begitulah rutin Tok Moh sepanjang 30 minit berlalu.

Leman yang duduk berehat kepenatan, bertanyakan kepada Tok Moh “Agak-agak ikan siakap nie masak apa yang sedap”

Mendengar soalan tersebut,darjah kehangatan hati Tok Moh makin ketara. Tanpa menghiraukan soalan Leman, Tok Moh meneruskan lontaran.

Umpan udang yang sedari tadi segar, kini telah lembik. Namun sentakkan belum lagi kelihatan.

“Patut la tak makan, udang dah lembik” alasan Tok Moh untuk meredakan kehangatan hati.

Leman hanya tersenyum sambil memerhatikan Tok Moh menukar udang.

“Aku nak lontar ket hujung sanalah” Tok Moh memaklumkan kepada Leman pertukaran posisi dan gratitude port melontar.

Leman hanya diam dan tersenyum sambil melihat gelagat Tok Moh.

“Tok Moh nak pesan ayor apa. Saya haus bebenor nie” Dengan penuh adab sopan Leman bertanyakan kepada Tok Moh.

“Aku tak haus lagi” Ringkas jawab Tok Moh.

Leman meneruskan perjalanan ke warung yang terletak di dalam kawasan memancing. Anak tekaknya sudah menjerit ke hausan.

Udoh nak abih segelas air, namun kelibat Tok Moh melawan sentakkan belum lagi kelihatan. Masa untuk memancing hanya tinggal 15 minit lagi. Selesai membayar, Leman menuju kearah Tok Moh.

“Ateh… tinggal 15 minit lagi nie” Leman bagi hints pada Tok Moh.

“Hiss!.. ada masa lagi.. kalau terlebih masa nanti aku tambah lah duit. Apa ada helnye..” jawab Tok Moh.

Sedang asyik melayan lontaran, tubuh kerdil Tok Moh tergoncang dengan satu sentakan. Nasib baik Tok Moh dapat mengawal keadaan dan kemachoannya.

“Hah!!!... Udoh kena dah. Itu la aku kata, ket sini ada ikan.” Teriakkan Tok Moh menarik perhatian seluruh warga kolam. Semua mata ahli kolam bertumpu dan tertumpu ke arah Tok Moh.

Menyedari dirinya sedang diperhatikan, Tok Moh memperkemaskan langkah dan gayanya agar imejnya dan gelarannya sebagai Tok Moh mendapat pujian.

Mempraktikkan ilmu yang diperolehi dari Ah Peng, Tok Moh mengawal keadaan dengan baik sekali. Mangsa yang cuba melawan, tampak semakin lemah. Kembang kempis hidung Tok Moh mengawal pernafasan agar tenaga dalaman dapat digunakan sebaik mungkin.

Akhirnya, mangsa menyerah diri ditepi kolam. Kelibat mangsa sudah kelihatan.

“La…Lampam rupenye!!! Tumpoo teman.” Kata Tok Moh.

Melihatkan keadaan tersebut, Leman tidak dapat menahan ketawanya, lalu dilepaskanya juga “Haaaa…Haaaa…Haaaa..Haaa….”…..

..terkenang kenang..

cuba mike teka, lagu sapa nie.. hah! mudah je kan.. udoh tahu sapa yang nyanyikan. Moh kita nyanyi secara tanpa ahli muzik, agar aura dan maksud lagu nie meresap masuk ke minda mike, lantas mencetuskan kembali memori daun pisang mike..

Moh kita Layan.......


Ku Jejak
Jalan Yang Berliku
Membara Jiwaku
Memburu Impian

Ku Renang Lautan Gelora
Biarpun Tersadai
Di Hujung Dunia
Akan Ku Rempuhi Segala Rintangan
Biarpun Rebah Ku Bangun Sendiri

Korus
Akan Ku Genggam Biarpun Hitam
Menjadi Milikku

Ku Mula
Dengan Langkah Ini
Menuju Sinaran Yang Abadi

Kalau rasa idok meresap lagi, moh nyanyi lagi...

LAYAN!!!!!!!!