Tuesday, March 31, 2009

..bang, saya nak makan..

Segelas teh tarik, segelas nescafe ais dan sepinggan maggi goreng, menjadi santapan aku dan adik aku di sebuah kedai mamak di damansara. udoh lama aku tak bersembang dengan adik bongsu aku nie..

Sembang kosong dan sembang berisi adalah menu utama dalam isu sembang antara dua beradik nie. Masa kecik-kecik dulu sembang gak dengan adik aku nie, tapi sembang kat dalam bilik atau di sekitar kawasan yang dinamakan rumah je. Tapi kali nie, zaman dah berubah, umur dah bertambah...so sembang kat kedai mamak. Cuma, yang aku musykil, dari batang kali aku datang nak jumpa dengan adik aku yang keja kat sg buluh, ke kedai mamak juga dia ajak aku minum. Kuat betul la aura kedai mamak nie. Atau, adik aku rasa lebih selesa nak bersembang di kedai mamak. Atau, mungkin gaji tak keluar lagi , so itu je lah tempat yang mampu.

Rancaklah juga kami bersembang. Macam2 topik. Dari sebesar zarah hingga la sekecil gajah. Kiranya, topik sembang hari tu merangkumi segala bentuk cerita.Sedang rancak aku dan adik aku bersembang, tetiba datang seorang anak muda yang berpakaian sukan, bermuka selamba, berbau tengit, ke meja persidangan aku dan adik aku..

Terdiam aku sekejap bila budak nie datang ke meja kami. Maka bermula mata bertentangan mata.."Bang, saya nak makan..." Satu suara yang keluar dari mulut budak tu menusuk tajam masuk ke rongga telinga aku dan adik aku, lalu diterjemahkan oleh otak aku yang budak nie datang nak makan!!

Tengok dari fizikal, budak nie nampak sihat. Tapi aku dan adik aku kehairanan, ngapa dia minta makan.Bermulalah sesi bersoal jawab. Macam 2 orang pegawai polis menyoal tertuduh atau orang yang disabitkan kesalahan untuk mendapatkan maklumat.

Budak lelaki tu, tertunduk bila pelbagai bentuk dan darjah ketajaman soalan diajukan kepadanya.Walau apa pun bentuk soalan yang aku dan adik aku tanya, budak tu memberikan jawapan "Bang, saya nak makan..."konsisten jawapan budak tu!!!Hampeh!!

Atas dasar kemanusiaan, segelas teh ais dan maggi goreng aku dan adik aku tolong order untuk budak tu.Tetiba..."Bang, saya nak maggi goreng pedas ye".Lunakan suara budak tu menusuk tajam ke rongga telinga aku dan adik aku.

"Ewah...aku pun makan maggi goreng biasa, kau nak makan lebih pada aku lak!!" Jawapan paling sopan aku bagi kat budak tu sebelum dia beredar ke meja santapannya..