Thursday, December 18, 2008

.n.e.l.a.y.a.n.l.e.t.i.h.

letih...itu la yang dapat aku ungkapkan..letih nak kemaskinikan blog (Belum Lagi Orang Guna) nie...kepada mereka yang mahir mungkin umpama makan kacang nak siapkan blog..tapi bagi orang macam aku nie...paham je la.....

aku tafsirkan blog nie sebagai medium untuk aku keluarkan rasa yang ada dalam kepala otak aku... nak aku bagi kat akhbar tempatan, belum tahu diorang boleh terima dan siarkan..nak bagi tau kat kawan lum tentu diorang dengar. kalau dengar pun mungkin dalam keadaan separa sedar...so, bila aku wawarkan kat blog nie, kalau orang lain tak nak baca..aku boleh baca sendiri dan berulangkali....

aku rasa, sembang dan luahan idea di blog lebih bermanafaat dari melontaran suara di kedai mamak..bukan setakat suara je yang dilontar, tapi duit pun terpaksa dilontar ke kaunter tokeh kedai... tapi kalau dah tak bayar bil internet, maka suasananya sama la di kedai. tak gitu yob!!!

aku dah letih...aku nak rehat...petang nie aku nak pegi tengok ikan aku...esok ada orang nak beli...alhamdulillah...

..n.e.l.a.y.a.n.s.e.d.a.r..


sampai merah biji mata aku nak menyiapkan blog nie.. dari aku serba tak tahu, akhir aku tahu.. betul juga kata Tun Mahathir "Malaysia Boleh"......nie pun masih banyak lagi yang perlu diperkemaskini untuk tatapan umat yang sanggup dan tidak menyesal menziarahi blog nie..


bila aku buat blog nie, aku terpikir...mengapa tak dari dulu lagi aku dah ada blog?mengapa sekarang?siapa yang suruh?apa tujuan sebenar buat blog nie?mengapa nak menyusahkan diri berjaga malam untuk buat blog?ada ke kekawan yang nak ziarah blog aku nie?


zaman dan berubah...bak kata orang dunia dah tak ada sempadan dan sememangnya kalau adapun sempadan aku tak nampak mana sempadan tu... antara sempadan usia, zaman dan kemajuan, pasti ada yang akan terlangkau sempadan tersebut tanpa meyedarinya. semak diri kita yang semakin dikikis usia..dengan adanya kecanggihan teknologi manusia, sedikit sebanyak kita akan menyedari sempadan usia, zaman dan kemajuan....


..gagal merancang, merancang kegagalan..