Tuesday, February 16, 2010

Menjala Hasil


Maaf kerana lama tak update blog ni kpd suma followers. ada ke followers? :)
lama tidak dikemaskini krn kesibukan menjual hasil tilapia di pasar pagi Batang Kali.Penjualan ke pasar borong terpaksa dihentikan krn hasil yg diterima tidak berapa memuaskan.Investor telah memberi cadangan supaya menjual terus kpd end user.Hasilnya lebih lumayan drpd menjual secara borong, krn khidmat org tengah berjaya dihapuskan.
Walaupun tidak ada tapak di pasar pagi Batang Kali, aku & team main redah je. Alhamdulilah ada juga tapak yg kosong dan dalam masa 3 jam 40 kilo ikan tilapia berjaya dihabiskan!! perkara ini berterusan utk 2 minggu (meniaga setiap sabtu & ahad saja), sampai abis stok ikan di kolam 1.
Feedback drpd pembeli amatlah memuaskan,rata2nya mengatakan ikan tilapia aku manis, takde rasa lumpur, sehingga ada pembeli yg menggelar ikan aku tilapia madu!!
Terima kasih kpd semua pembeli. Lepas ni bulan depan barulah pula boleh menjual hasil ikan di kolam 4.Harap2 ikan di kolam ni boleh mencecah 3 atau 4 ekor sekilo.Harga pon boleh la jual mahal skit.Bukan sesuka nak jual mahal, tapi krn harga makanan ikan pon dah naik skang ni...