Friday, January 30, 2009

..jasa joran..

aku dedikasikan ceritera nie untuk kaki pancing sedunia....
berpeluh ketiak aku...naik lenguh lutut aku.. akhirnya si patin nie tumpas gak ngan aku... idok la berat sangat, cuma 7.8 kg AJE...


berbekalkan joran usang yang berumur lebih 3 tahun, mesin yang hanya berjenama biasa, tali 10 pound, si patin tewas setelah hampir 20 minit bertarung... bukan pertarungan biasa sebab si patin nie spesis patin liar...
aku dah lama usha patin nie..setelah 3 minggu, baru la dia terpedaya ngan umpam peram aku...

bila dah abih berposing sakan ngan patin nie, aku eksport patin nie ke kampung. aku suruh mak aku buat gulai tempoyak, bahagian kepala aje yang buat gulai, bahagian badan hingga ekor aku suruh mak aku buat pekasam...



yang mamat indon tu tumpang nak bergambar untuk dikirimkan ke kampong.....




nie lak mangsa aku yang entah keberapa pun aku dah tak ingat..si tongsan rumput.. 6.7 kg AJE...

yang nie lak cam tarik anak lembu.. dia punya lawan cam tarik tali...

nasib masih menyelebahi aku sebab tali yang aku guna cuma 10 pound...

yang nie aku tak anto ke kampung.. tapi aku wat parti bakar ikan kat rumah.. itu pun separuh aje.. lagi separuh aku simpan wat stok lauk.. tak yah aku gi pasar...





apa pun mangsa aku ngan joran tu, kini hanya tinggal sejarah sebab joran bertuah aku dah jadi mangsa pembalasan ikan yang aku tak tahu apa spesis dan saiznya.. joran aku dah berkubur ke dasar lombong tu akibat dari sentakkan ikan....




Errrkk!!! Kenyang la puuloook!!






















..gawat..

Bukan aku menyahut cabaran untuk melakukan gencatan blogging…Cuma aku nak cari ketenangan….

Udoh 30 hari berlalu bulan nie…sekejap je masa tu berlalu…sedar-sedar je dah hujung bulan.. maka bermula rutin yang dibawa turun temurun (semenjak mempunyai komitmen) untuk menjelaskan segala bil bulanan yang tertunggak atau sengaja menunggakkan bil kesan dari kemelesatan ekonomi keluarga…he..he..

Sedih bila dengar berita, ramai kawan aku yang akan kehilangan pekerjaan pada bulan-bulan yang akan datang..ini lah kesan dari kegawatan ekonomi dunia. Aku pun terkena gak tempias nie…

Memang aku akui, tekanan kehilangan sumber pendapatan utama memberikan kesan yang amat mendalam. Yang tak ada darah tinggi, tetiba je diistiharkan oleh ahli perubatan udoh dapat dapat darah tinggi… sabo je la.. kurangkan makan garam atau yang mengandungi kandungan garam yang tinggi..

Bukan nak mengimbas atau berceramah tentang ekonomi, Cuma aku nak cuba bawa minda agar TEKANAN yang melanda dapat dikurang walaupun hanya 0.001%.

Kalau kita dok fikir tentang kegawatan ekonomi dunia, kita hanya membuang masa aje…(kalau ko nak marah dengan kenyataan nie, itu ko orang punya suka…ini blog aku..) sepatutnya kita berfikir tentang ekonomi diri kita..baru la kita boleh berkembang maju…

Kita kena terima keadaan ekonomi sekarang sebagai satu bab baru yang perlu kita terokai.. pasti ada jalan penyelesaian. Masalah yang sering kita hadapi adalah kesukaran kita untuk mengadaptasi sesuatu perubahan. Maksud aku, kita dah dibiasakan dengan kerja makan gaji, maka kita akan berasa sukar jika kita kehilangan pekerjaan..

Kita harus mencari alternatif lain untuk menyara kehidupan.. kita perlu banyak bersabar dan terus berusaha. Kalau dulu kita bekalkan duit untuk anak kita bersekolah, tetapi sekarang nie kita bekalkan makanan untuk anak bersekolah…Agama islam pun menggalakkan konsep KESEDERHANAAN dalam apa jua kita lakukan…

Masalah yang menimpa dunia sekarang nie bukan bersifat kekal, ianya hanya sementara aje..percaya lah.. kita wajib bersyukur kepada ALLAH kerana memberi kita sedikit ruang untuk kita merasai situasi kegawatan ekonomi. Ini baru sedikit dugaan aje…Mungkin ada hikmah disebaliknya….


"Bila udoh senang,Ingat-ingat tinggalkan satu peluru".....


Nota : Jack n Jeri, kembalilah kepangkuan keluarga...