Saturday, December 20, 2008

..j.a.n.t.u.n.g..

gelak la aku dengar bila kawan aku kata "jantung nak diswastakan"..dunia dah nak terbalik atau sememangnya dunia dah terbalik.. ada ke jantung pun nak diswastakan... apa punye otak la lu orang... lu orang tau tak, jantung tu adalah anugerah Allah yang habitatnya dalam tubuh badan kita..besar fungsi jantung tu..bukan takat nak pam darah je keseluruh pelusuk urat termasuk la urat yang tersumbat...

cuba la ko orang bayangkan...kalau jantung tu boleh dijual beli.. agaknya apa yang akan terjadi.. jawabnya ramai la umat bunuh umat kerana jantung, bukannya kerana harta atau wang ringgit...heran aku...

tapi yang sebenarnya yang kawan aku maksudkan bukanlah jantung tapi Institut Jantung Negara(IJN)..Huh! mati lah kalau IJN diswastakan...pada golongan yang sedarjat dengan aku nie, aku berdoa kepada ALLAH s.w.t agar aku, keluarga aku, sahabat handai aku dan mereka yang sewaktunya agar dijauhkan dari penyakit itu...

mengapa yek IJN nak diswastakan...heran lagi aku. kekadang tu, aku tak faham la...tak tercapai di akal aku tujuan, maksud, hala tuju dunia sekarang...

bila berita IJN nak diswastakan heboh satu malaya(terimakasih la media massa), aku teringat kat kepada seorang kawan aku yang sakit jantung. dia nie dah sakit jantung lama dah..dah ada bateri pun jantung yang ada sekarang nie...tiap-tiap bulan dia nie kena menziarah IJN ambil vitaman (bukan vitamin).dia pernah kata kat aku, bateri jantung dia boleh tahan max 8 kali "spark" je...lepas tu kena tukar bateri baru...yang aku risau kan, bila ada ura2 nak swastakan IJN...aku risau bukan bateri jantung dia yang spark lagi tapi DIA PERGI SEPAK ORANG YANG BUAT CADANGAN NAK SWASTAKAN IJN......

1 Komen Anda:

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

idea mat mongolia tu nak samun harta rakyat..nasib baik mat ngantuk dah bangun tido....