

Paddle Wheel rekaan dan imaginasi sendiri berfungsi dengan baik sekali.Lebih byk oksigen dpt dibekalkan kepada ikan...Terima kasih kpd "Pendekar Mata Satu" yg berjaya menjadikan imaginasi aku satu realiti walaupun mengambil masa yg agak lama
Thursday, December 24, 2009
Kincir Air "Paddle Wheel"
..hEntaMan BeNak.. ..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. at 11:19 AM 0 Komen Anda
Friday, December 4, 2009
Ikan di Kolam 1 Sudah sedia untuk dijual!!

makan kenyang2 yer..lagi seminggu nak jual dah..

Ikan yg sudah sedia untuk dijual!! Untuk tempahan hubungi aku.Nak tahu harga pon kene call aku..:)
..hEntaMan BeNak.. ..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. at 10:56 AM 2 Komen Anda
Location Map To Nelayan rasa Fish Pond

Bagi pada sesiapa yg hendak tahu di mana lokasi kolam Nelayan Rasa. Inila petanya utk memudahkan anda mencari kolam aku.Kalau sesat gak..jangan malu2 call aku.
..hEntaMan BeNak.. ..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. at 10:48 AM 0 Komen Anda
Thursday, December 3, 2009
Kincir Air utk Kolam

Akhirnya kincir air yg berdasarkan imaginasi aku ni siap jugak..darpd Ramadhan lepas aku dah pesan kat welder..baru skang dia siapkan..lembab sungguh!!Inilah namanya kincir air save budget.menggunakan bahan2 yg paling murah.Menggunakan kuasa graviti drpd air bukit di kolam.harap2 kincir air ni boleh berfungsi spt yg aku harapkan..jikalau berfungsi dgn baik, byk jimat duit drpd guna kincir yg menggunakan elektrik.
..hEntaMan BeNak.. ..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. at 4:17 PM 1 Komen Anda
Proses melepaskan Anak ikan Tilapia

Nak melepaskan anak ikan ke Kolam yg ke 3


Anak ikan yg baru dilepaskan sudah mula bermain-main..kasi anak ikan ni biasakan diri dulu ngan persekitaran kolam. Baru lah boleh aku nak kasi makan...
..hEntaMan BeNak.. ..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. at 2:57 PM 0 Komen Anda
Tempat membeli anak ikan Tilapia

Inilah jalan nak ke tmpt pembelian benih ikan tilapia..jalan penuh berlumpur..kalau 4x4 baru best nak redah.tapi disebabkan tak mampu lagi nak beli triton..aku belasah je la naik kete ad resort ni
Ini lah temptnya..3 ocean sdn bhd.tmpt ni direkemen dek Jabatan Perikanan.Setakat ini utk 3 kolam yg ada mmg beli benih kat sini..Setakat ni benih yg dibeli mmg berkualiti.Tmpt ni terletak berhampiran country home rawang.Cina ni mmg jual anak ikan saja..bermcm2 anak ikan dijualnya..taukeh ni ckp anak ikan yg paling ramai org beli keli laa...Cina ni juga menjadi tmpt aku mendapat nasihat secara percuma berkenaan penternakan ikan.Harini aku nak beli 5,000 ekor anak ikan jenis monoseks
..hEntaMan BeNak.. ..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. at 2:43 PM 0 Komen Anda
Monday, November 30, 2009
Ikan Bakar Tasek Raban

Yummy Yummy..Ikan bakar Talapia..yang buat sedapnya kuah dia ni.kalau taukeh kedai ni kasi resipi buat kuah ni kat aku kan best.Seekor harganya RM24!!
Setiap kali balik ke Baling.Mesti tak lengkap kalau tak singgah restoran ikan bakar tasek raban.Restoran ni terletak di kuala kangsar, jalan nak menghala ke lenggong. Kalau hari minggu mmg restoran ni full house. aku pon balik raya haji bebaru ni jenuh gak la menunggu ikan bakar tilapia aku ni siap.Disebabkan kekadang je dpt merasa ikan bakar ni. nak taknak kene la menunggu juga.Restoran ini la yang buat aku boleh terbela ikan tilapia.Satu hari nnt mmg aku berharap boleh buat restoran mcm ini.Ada restoran dan ada ternak ikannya sekali.Aku sempat la berborak skit ngan mamat yg dok membakar ikan ni, dia ckp ikan ni suma dibela kat kolam sangkar, bukan taukeh restoran ni yg bela, tapi ada org lain.Tapi penternak ikan ni cuma jual ikan ni kat restoran ni saja..Bayangkan berapa byk ikan yg perlu dibekalkan ke restoran ni...Masyuk tak masyuk la taukehnya...
..hEntaMan BeNak.. ..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. at 12:04 PM 1 Komen Anda
Tuesday, November 24, 2009
18 Hari Sudah Berlalu
20 Nov 09

Setelah 18 hari anak ikan tilapia di letakkan di kolam nelayan rasa.Ini la hasilnya!!sudah nampak sedikit pembesaran yg ketara.Tetapi yang sedihnya daripada 4400 ekor yg dilepaskan, sudah ada 1300 anak ikan yg mati!!Kematian yg tinggi ini disebabkan oleh cuaca yg tak menentu.Hari2 hujan.Air hujan yg mengandungi asid ini menyebabkan anak ikan tak boleh tahan.Seperti manusia juga, kalau dah hari2 kene hujan mestilah demam kan..Cara terbaik jika hendak kurangkan kematian anak ikan sepatutnya anak ikan diletakkan di fiber tank. Tapi disbbkan kerana tak cukup modal, terpaksala anak ikan diletakkan terus di dalam kolam. InsyaAllah bila dah ada modal lebih skit nanti, anak2 ikan yg baru dibeli aku nak letak dlm fiber tank dulu sebelum dilepaskan ke kolam...
..hEntaMan BeNak.. ..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. at 4:19 PM 3 Komen Anda
Benih ikan Tilapia Monosek
4 Nov 2009
Benih anak ikan talapia yg dibeli.berat 1.3gram je..harap2 4-5 bulan akan datang boleh cecah 500gram seekor!!buat permulaan investor aku nak beli 4000 ekor saja. Nak cuba-cuba dulu katanya..daripada 2 kolam aku tu terbiar takde ikan, aku setuju saja la bila ada org sudi nak letak anak ikan kat kolam tu.Maintenance nya aku la yg jaga.Ikan ni seekor harga 30sen. ada pelbagai saiz lagi yg ada kat tmpt pembenihan anak ikan ni, lagi besar saiznya lagi mahal la harganya...


Proses melepaskan anak ikan talapia ke dalam kolam Nelayan Rasa...Alhamdulilah semasa dilepaskan semua anak ikan hidup!!
Baru 15min anak ikan dah timbul nak makan!! Ini satu petanda yg baik.maknanya anak ikan ni dah leh serasi dgn keadaan kolam
..hEntaMan BeNak.. ..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. at 3:47 PM 0 Komen Anda
Wednesday, April 15, 2009
..aku, aku dan aku lagi..
senang hati aku balik dari kebun tilapia aku. semak sudah terang, pokok sedang tebang. pokok pisang bergoyang-goyang... Tandanya tiada halangan angin...
bila aku balik rumah, aku pun tengok la blog aku, balik-balik aku, aku dan aku lagi...
kemana kamy, akupentoi, Ched Det, Pak Lah, Ali Rustam, KJ, hanifomar, mnasir, Adnanyaakob pergi. ngapa diaorang tak ziarah blog aku....
Ah!!! rupenye mereka tengah sibuk kerja dan mengerjakan kerja...
..hEntaMan BeNak.. ..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. at 1:08 PM 0 Komen Anda
..Di Kebun Tilapia..
fasa 1 kebun aku dah siap. kalau tak ada aral fasa 2 akan bermula minggu depan. fasa 2 nie fasa yang lebih mencabar. sebelum aku mula fasa 2, banyak perkara yang aku perlu selidik, kaji, fikir, renung, tenung dan termenung, sebelum keputusan dibuat.
4 @ 5 @ 6 adalah jumlah kolam yang aku akan korek. hingga saat nie, aku belum ada kepastian yang sah, berapakah jumlah kolam yang ideal untuk aku korek. hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum aktiviti korek kolam akan dilakukan. ah! tensen aku!!
ketika makan, tidur, mandi dan memancing...di dalam semua waktu nie aku otak aku asyik pikirkan kolam je.. bukan ape, aku takut nanti kalau salah perkiraan, yang susahnya aku bukannya orang lain...
aku akan cuba dapatkan foto-foto menarik dari kebun aku sekarang yang telah siap dibersihkan untuk tatapan umum (itupun kalau ada yang tengok blog aku la)...
huh!! mana la keta baru aku nie, tak sampai lagi..janji 1 minggu. hampeh punya salesman...
..hEntaMan BeNak.. ..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. at 10:49 AM 0 Komen Anda
Saturday, April 11, 2009
..Kebun Tilapia..
Ha..Ha..Kebun Tilapia..
aku dalam proses nak menyiapkan 'kebun Tilapia' aku nie.. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian hingga aku terlupa nak ajak kawan aku memancing... mungkin juga aku terlalu sibuk kot...
Ha..Ha.. Kebun Tilapia..
..hEntaMan BeNak.. ..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. at 12:11 PM 0 Komen Anda
Wednesday, April 8, 2009
..tazkirah hari ini..
Meet Uncle Hussain - La La La Kerjalah Lyrics
La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La Laaa… La Laaa…
Ooh! Pening kepala
Memikirkan tak ada kerja
Tanam Anggur
Sijil diploma
Ah! Gantung didinding saja
Ooh! Lega rasanya
Jawat kerja pegawai pemasaran
Di Pertama
Rupa, oh! Rupanya
Kerja am sajaaa!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
Ooh! Terpinga-pinga
Tak puas lagi beradu, mengantuk
Subuh hingga senja
Ah! Hari-hari sama saja
Ah! Nak bancuh kopi
Tapi gulanya tiada, minum saja
Kerja bagai nak gila
Ah! Tak juga kayaaa!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
Gelisah, kugelisah
Mengenangkan masa depan
Kuharus kerja
Oh! Mesti kerja
Tiada apa yang percuma
Realiti tika tiada kerja
Oh! Papa kedanaaa!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… Hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa La La…
La La La Laaa La La…
La La La Laa La La…
..hEntaMan BeNak.. ..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. at 8:27 AM 0 Komen Anda
..Tahniah dari aku untuk aku..
Ha..Ha..
beberapa hari lepas, aku dah rasmikan kebun baru aku yang tak seberapa besar..
Ha..Ha..
beberapa hari lepas jugak,sempat aku memancing dengan "rakan sepemancingan" aku dan aku telah pulun habis ikan kat kolam tu sampai joran aku terjunam. Nasib baik ada superman dari kuala kangsar..
Ha..Ha..
sampai sekarang blog nie tak ada new followers(gelak kan aku!!!)
Ha..Ha..
Semalam aku ke kulompo lagi..dan aku "sesat di kulompo" lagi
HUh!! Bila keta baru aku nak sampai nie!!!!
..hEntaMan BeNak.. ..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. at 7:40 AM 0 Komen Anda
Monday, April 6, 2009
.." rasa "..

aku rasa cam nak belasah je ko nie!!!
disebabkan ko work schedule aku delay!!!
ko suka buat aku panas la!!!
aku rasa nak pijak je ko nie!!!
Ko jangan datang kebun aku lagi!!!
..hEntaMan BeNak.. ..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. at 12:25 PM 0 Komen Anda
Friday, April 3, 2009
..aku kepingin ke istana..


Dari luar, aku tengok tersergam indah bangunan yang dikawal rapi oleh pendekar. Tempat bersemayam "Daulat Tuanku".
Dari kaca TV, aku tengok cantiknya perhiasan di dalam istana. Kerusi empuk, meja berkilat, lampu bersilau dan dah pastinya rumput dipotong rapi.
Dalam hati aku berdetik, bila lah aku dapat masuk ke dalam balairongseri yang cantik. Berada ditengah majlis yang penuh istiadat bersama pemimpin.
Tetiba aku tersedar, hanya mereka yang "cerdik" saja dapat masuk istana...
..hEntaMan BeNak.. ..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. at 11:45 AM 0 Komen Anda
Wednesday, April 1, 2009
..Ha..Ha..Lagi..
Ha..Ha..
Dan apabila aku berkata yang aku dah ada kebun, ada yang Ha..Ha.. kat aku..



Dan masih Ha..Ha.. kat aku...
..hEntaMan BeNak.. ..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. at 11:58 PM 0 Komen Anda
..Ha..Ha..
Ha..Ha..
Hari nie secara rasmi aku merasmikan kebun baru aku yang baru aku sewa dari penduduk kampung untuk aku usahakan...
Ha..Ha..
Hari nie bermula revolusi baru dalam hidup aku. Aku dah letih keja makan gaji..
Ha..Ha..
Maka bermulalah secara rasmi .n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a...
Ha..Ha..
Aku kuli dan aku bos...
Ha..Ha..Ha..Ha..
..hEntaMan BeNak.. ..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. at 9:47 PM 1 Komen Anda
Tuesday, March 31, 2009
..bang, saya nak makan..
Segelas teh tarik, segelas nescafe ais dan sepinggan maggi goreng, menjadi santapan aku dan adik aku di sebuah kedai mamak di damansara. udoh lama aku tak bersembang dengan adik bongsu aku nie..
Sembang kosong dan sembang berisi adalah menu utama dalam isu sembang antara dua beradik nie. Masa kecik-kecik dulu sembang gak dengan adik aku nie, tapi sembang kat dalam bilik atau di sekitar kawasan yang dinamakan rumah je. Tapi kali nie, zaman dah berubah, umur dah bertambah...so sembang kat kedai mamak. Cuma, yang aku musykil, dari batang kali aku datang nak jumpa dengan adik aku yang keja kat sg buluh, ke kedai mamak juga dia ajak aku minum. Kuat betul la aura kedai mamak nie. Atau, adik aku rasa lebih selesa nak bersembang di kedai mamak. Atau, mungkin gaji tak keluar lagi , so itu je lah tempat yang mampu.
Rancaklah juga kami bersembang. Macam2 topik. Dari sebesar zarah hingga la sekecil gajah. Kiranya, topik sembang hari tu merangkumi segala bentuk cerita.Sedang rancak aku dan adik aku bersembang, tetiba datang seorang anak muda yang berpakaian sukan, bermuka selamba, berbau tengit, ke meja persidangan aku dan adik aku..
Terdiam aku sekejap bila budak nie datang ke meja kami. Maka bermula mata bertentangan mata.."Bang, saya nak makan..." Satu suara yang keluar dari mulut budak tu menusuk tajam masuk ke rongga telinga aku dan adik aku, lalu diterjemahkan oleh otak aku yang budak nie datang nak makan!!
Tengok dari fizikal, budak nie nampak sihat. Tapi aku dan adik aku kehairanan, ngapa dia minta makan.Bermulalah sesi bersoal jawab. Macam 2 orang pegawai polis menyoal tertuduh atau orang yang disabitkan kesalahan untuk mendapatkan maklumat.
Budak lelaki tu, tertunduk bila pelbagai bentuk dan darjah ketajaman soalan diajukan kepadanya.Walau apa pun bentuk soalan yang aku dan adik aku tanya, budak tu memberikan jawapan "Bang, saya nak makan..."konsisten jawapan budak tu!!!Hampeh!!
Atas dasar kemanusiaan, segelas teh ais dan maggi goreng aku dan adik aku tolong order untuk budak tu.Tetiba..."Bang, saya nak maggi goreng pedas ye".Lunakan suara budak tu menusuk tajam ke rongga telinga aku dan adik aku.
"Ewah...aku pun makan maggi goreng biasa, kau nak makan lebih pada aku lak!!" Jawapan paling sopan aku bagi kat budak tu sebelum dia beredar ke meja santapannya..
..hEntaMan BeNak.. ..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. at 7:42 AM 2 Komen Anda
Monday, March 30, 2009
..syukur 2009..

Semenjak dari hari Sabtu yang lepas atau lebih tepat lagi pada 28hb Mac 2009,rakyat Malaysia dikejutkan dengan 'peristiwa penghujung PAU'. Ada yang terharu, ada yang sebak, ada yang naik terbulu roma, ada yang terdiam, ada yang menitiskan air mata, ada yang terpacak, ada yang tersenyum, ada yang termenung dan terkecuali juga ada yang terpening kepala.
Walau seribu macam perasaan yang melanda, walau beribu tisu basah dibuang merata -rata setelah mengeringkan air mata dan hingus, aku sebagai rakyat Malaysia yang serba kerdil dan Hamba Allah yang daif, bersyukur dengan peristiwa tersebut.
Aku berharap, peristiwa bersejarah tersebut dapat menyuntik satu semangat dan lembaran baru dalam perpaduan bangsa aku yang kian goyah dan dapat memertabatkan bangsa aku yang dipandang hina.
Secara peribadi, aku tersentuh dengan kehadiran Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah ke PAU. Bila podium utama menjadi pentas 'bersatu', maka lahir satu semangat baru.
Kalau Tun Dr Mahathir sudi baca blog aku nie, aku nak ucapkan 'terima kasih atas kesudian membantu bangsa aku yang kian terpecah dan terpinggir'.
Terima kasih Tun!!!
..hEntaMan BeNak.. ..n.e.l.a.y.a.n.r.a.s.a.. at 9:47 AM 1 Komen Anda
