Wednesday, March 25, 2009

..waiting # 2..


Udoh naik pedih mata aku menatap skrin komputer aku nie. Udoh bermacam 'laman' aku jengok. Udoh berkotak nusantara abih...Udoh bermacam gambor aku nengok. Udoh bermacam cerita aku baca dan udoh bermacam blog aku terjah...

Tapi, bila aku buka blog aku, 'follower' setia aku cuma ada 2 orang je. 'aku' dan 'kawan aku yang slalu mancing ngan aku'..

Aku sebenarnya, bukanlah nak sangat ramai 'follower'.. yang aku nak ramai yang jengok je blog aku nie. Aku ingat aku pun terpaksa memberikan 'jeep pajero' percuma lah kepada mereka yang sanggup jadi 'followers' aku...

Tuesday, March 24, 2009

..waiting..

We always in waiting. We always waiting for the something were unsure. Why we must waiting? In this world, waiting is part and parcel in life. We must wait for something which we unsure weather the things will be happens or not.

Looking back to the history, our journey to success is not easy as what we said. Lots of things will happen in middle. Lots of enemy is aiming us. Lots of time we have to sacrifice. But end of the day, after we went threw the entire obstacle, here we are...

For example, I’m not familiar to do blogging. And the worst, I don't how to create the blog. I feel so idiot because of that. But, after I did some research, and I ask my friends and also I did the 'try and error'... so here i am. I’m blogging at my own blog.

It's happens to all anglers. They have to wait for something which not sure. But why they still waiting. Because they know, they are learning something while them waiting...

So trust me, waiting is something useful in our life. But, don't ever let people do waiting because of yourself.

Think about that...

Monday, March 23, 2009

..terkenang-kenang #2..

beberapa minggu yang lepas, aku menghambakan diri ke kulompo. pegi pagi balik petang, pegi petang balik malam.pegi malam....(sendiri mau ingatla sama ada balik atau tak). Fuh, penat lutut aku yang udoh dimamah usia dan yang sering digunakan nie.

bila kau berada di tengah metropolitan yang 'pantas tak tentu hala', aku rasa berserabut,kelam kabut,kusut dan kecut.. al maklum lah, udoh lama aku tinggalkan dunia metropolitan nie.

menyingkap sejenak zaman aku di kulompo dulu, cakap je jalan apa. gerenti aku sampainya. cakap je kat mana, pasti aku sampai. cakap je rumah urut mana, pasti aku tau punya... Tapi tu dulu la. sekarang udoh insaf lah....

ha..ha.. saje aku nak kome layan ngan aku lagu nie. lagu sapa lagi kalau bukan 'sifu' punya...Tapi cam biasa la, kita layan tanpa ahli muzik..
Jom layan.....


sesat di kuala lumpur
dosa dan pahala bercampur
tapi kita perlu hidup
kita perlu terus hidup
terima kasih tuan dan nyonya
doa sejahtera kami pohonkan
pada tuhan maha kuasa
tuhan maha kuasa

mungkin.. kitakan temui kebahagiaan di kuala lumpur
dan mungkin kita akan kecewa
mungkin kita akan jadi kaya dlm lumpur
mungkin kita akan terpedaya..
mungkin kita akan terpedaya

sesat di kuala lumpur
dosa dan pahala bercampur
tapi kita perlu hidup
kita perlu terus hidup
terima kasih tuan dan nyonya
doa selamat kami pohonkan
pada tuhan maha kuasa
tuhan maha kuasa..

mungkin ada jalan di kuala lumpur
jalan bahagia
mungikin kita akan kecewa
mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
dan mungkin kitakan terpedaya
mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
mungkin kita lupa pada asalnya...

mungkin kita lupa pada asalnya..


kalau tak dema semua masih idok dapat menyingkap kisah lama dema di kulompo, nanyi lagi..Layannnnnnnnn!!!!

Saturday, March 21, 2009

..jasa joran (part 3 versi blog)..

Cahaya merah segulung rokok daun nipah, tidak dapat menerangi kesuraman bilik Leman yang sememangnya kelam. “Puh!...Puh!....” Kepulan asap meronta keluar dari mulut Leman yang sedari semalam tidak dibersihkan menuju ke destinasi yang tak pasti. Leman berbaringan sambil tangan di letakkan di atas dahi. Fikirannya melayang entah kemana. Sesekali Leman memikirkan joran yang baru dibelinya tadi. Sesekali Leman berfikir pulak tentang Merry dan sesekali pula terfikirkan $499.00 yang terkorban di kedai Ah Peng.

Sambil berbaring, mata Leman tepat dan jitu menerungi kearah joran yang baru dibelinya tadi. Leman sendiri tidak pasti, kenapa dan mengapa dia membeli joran tersebut. Udoh la warna pink pulak. “Ah… lebih baik aku tido je la. Nak pikir lebih-lebih pun joran dan terbeli. Kena maigrain lagi susoh..” Hati Leman berdetik.

“Leman…Leman….Bangkit la tido tu. Hari dah cerah nie.” Suara lunak ibu Leman membantutkan mimpi indah diwaktu subuh.

Dengan berat hati, Leman menarik gebor kapam kesayangannya hingga ke kepala.

“Leman… Idok ke kamu pergi noreh hari nie” Ibu leman bertanya.

“M.C” ringkas dan padu jawab Leman.

“Noreh pun ada M.C” Ibu Leman kehairanan.

“Maigrain” Ringkas jawab Leman.

“Lantok kamu la Leman” Ibunya berkata lantas keluar dari bilik peraduan Leman.

Sinaran matahari yang menembusi rongga-rongga kecil dinding bilik, membuatkan Leman terjaga dari tidurnya. Terasa malas semacam untuk menoreh pada hari itu. Leman tak tau kenapa. Sambil merenggangkan otot-otot yang tak seberapa di atas tilam usang, mata Leman terpandang ke dinding.

“Udoh pukui 10 pagi. Masih awal lagi” detik hati Leman.

Leman bangkit dari lapangan peraduannya dan terus ke ‘studio pembersihan’ untuk membersihkan dirinya yang tak dilakukan semenjak semalam. Selesai rutin membersih dan mengenakan uniform biasa, Leman keluar dari rumahnya untuk ke kebun arwah bapanya.

“Leman!....Amboi laju bebenor kamu jalan tu. Nak kemana tu pepagi nie. Ateh… marila singgah ngeteh dulu” Tok Moh mempelawa Leman.

Langkah Leman terhenti seketika, lantas ia memusingkan arah laluannya yang ke warong Pak Pakat untuk berjumpa dengan Tok Moh.

“Laju bebenor kamu berjalan. Ateh ada hal penting ke” Tok Moh mengulangi soalannya.

“Idok ada la ada hal apanya. Macam biasa la, on the way nak pergi ke kebun orang tua” Jawab Leman.

“Kau nak makan apa Leman” Jerit Pak Pakat menanyakan order.

“Tak ada selera nak makan la Pak Pakat, bagi saya ayor tongkat ali udoh le. Bubuh susu ye” pesanan Leman.

“Aku nengor kamu ada beli joran baru” Toh Moh bertanyakan Leman.

“Mana tahu” Leman terkejut.

“Ateh… Tadi aku berselisih dengan Pak Lah. Dia yang bagi tahu aku yang ko ada beli joran baru.” Jawab Toh Moh.

“Ada” Ringkas dari Leman

“Ateh… tak kan beli mahal-mahal gantung kat dinding. Rugi la yob.” Kata Toh Moh.

Berdesing telinga Leman bila mendengarkan kata-kata perli dari Toh Moh. “Hampeh Pak Lah, ko bagi tau pada orang tua nie buat apa” detik hati Leman.

“Bukan tak mau pegi mancing, joran tu belum diperasap lagi” Balas Leman.

“Issk!... Buat apa nak perasap joran. Joran tu kan joran mahal. Hodoh warnanya esok kalau diperasap. Ko tengok macam aku, tak payah nak perasap joran. Bila mancing dapat gak ikan. Bukan pakai umpan apa pun, dedak aje” Toh Moh berkata sambil tersenyum.

Tercabar kejantanan Leman bila Tok Moh berkata begitu, lantas menjawab “ Ok, sebut time nak mancing bila dan lokasi”

“Sekarang udoh dekat pukui 11.30 pagi. Apa kata kita pergi ke kampung Hulu 30. aku nengor, ket sana ada kolam baru buka.” Pelawa Tok Moh

“Kolam baru! Kolam ayor tawar ke” Leman bertanya lagi.

“Idok,bukan kolam ayor tawar, tapi kolam ayor masin. Sekali sekala moh la kita cuba ikan ayor masin. Ini bebalik makan Tilapia je..” Toh Moh mengayat Leman.

“Abih…ada ke alatan untuk mancing ikan laut nie. Teman idok ada. Takat nak ngail sungai tu, boleh la.” Tegas Leman.

“Issk.. kamu nie.Aku ada semua alatnya tu. Ket rumah aku semuanya. Ko jangan risau la. Kalu tak, tak kan la orang panggil aku Tok Moh” jawab Tok Moh dengan bangganya.

“Porah!!!... Perambut pun tak reti nak buat, perasan dirinya Tok Moh” detik hati Leman.

“Ok. Kita pegi pukui 12 boleh. Tapi teman idok la cukup budget pengerasnya” Leman memberitahu Tok Moh.

“Apa yang ko nak susah, kita tong-tong la” jawab Tok Moh.

“Ok.” Ringkas jawab Leman. Selepas menghabiskan ayor tongkat alinya, Leman bangkit dari meja terus berpatah balik ke rumah.

“Leman!...Ayor kamu nie tak reti bayar ke” Jerit Pak Pakat.

“Tok Moh kasi settle nanti” jawab Leman sambil berlari ala anak kucing balik ke rumahnya.

Tersedak Tok Moh bila mendengar Leman berkata begitu…

Leman udoh bersiap sedia menunggu Tok Moh di simpang yang dijanjikan. Berbekalkan joran barunya, Leman bertekad untuk menakluki kolam baru di kg Hulu 30.

“Mana orang tua nie. Udoh berpeluh ketiak aku nie. Janji pukui 12. Nie dah dekat pukui 12.30” detik hati Leman sambil memerhatikan matahari.

Dari jauh Leman nampak kelibat Tok Moh yang menunggang motornya. “Dah lama sampai ke” ujar Tok Moh.

“Idok le lama sangat. Tapi kalau bakar rohu, dah lama hangus rohu tu” kata Leman

Tanpa mempedulikan jawapan dari Leman, Tok Moh menyuruh Leman menaiki motornya untuk pergi ke medan pancingan. Ibarat hulubalang dari pantai timur ditambah lagi dengan pengalamannya sebagai bekas pengendali kursus motivasi, Tok Moh sampai ke kolam dalam tempoh tak sampai 15 minit. Itulah kehebatan Tok Moh. Ibarat pepatah melayu, di mana ada Tok Moh, disitulah ada kolam pancing dan di mana ada kolam pancing, pasti Tok Moh mengetahui lokasinya.

Ibarat angkasawan baru pulang dari angkasa, begitulah kehebatan publisiti dan reputasi Tok Moh. Dimana-mana saja ada kenalannya.

“Hay ya Tok Moh. Lu datang juga kolam gua. Gua ingat lu tarak suka pancing ini ikan” Song menyapa Tok Moh.

“Mesti mali punya. Mancing maa” balas Tok Moh dengan telo cina.

“Ok. Berapa jam lu mancing” Song inginkan kepastian dari Tok Moh.

“saya mau cuba 3jam dulu.. Satu joran saja. Bagi udang mati. Nah ambil $30.” Kata Tok Moh sambil menghulurkan pengeras untuk memancing.

“Toke, itu udang $3. mana cukup”

“$3 mau kira ka. Lepas mancing saya bayar sama lu” balas Tok Moh sambil melangkah ke kolam untuk memilih port yang ada ong.

Setelah separuh dari kolam tersebut di tawaf, akhirnya Tok Moh berjaya mengenalpasti tempat yang diyakininya mempunyai ‘ong’.

“Meh kita parking ket sinie. Aku rasa, ikan banyak main kat sini” kata Tok Moh dengan yakin.

“Abih…kalau kat sini ikan banyak, ngape dema semua tu tak mancing ket sini” Leman bertanya.

“La.. dema semua tu bukan reti pilih tempat. Yang dema tau mancing je. Aku kan Tok Moh, mustilah aku tahu tempat yang sesuai. Nie karang, kalau idok naik 5 ekor, usoh panggil aku Tok Moh” riak bukan main Tok Moh atau nama sebenarnya Mat Utai Bin Kuyup.

Tanpa melengahkan masa, Leman mempersiapkan joran barunya sambil Tok Moh mempersiapkan hidangan untuk si siakap. “Ateh, mana perambutnya” Leman bertanya kepada Tok Moh

“Ko cari dalam plastic pink tu. Aku dah bawa semuanya tadi termasuk gari” jawab Tok Moh.

“La… Ini perambut untuk mancing rohu. Mata Boom, mata rambai ada le. Macam mana nak pakai untuk mancing siakap” ujar Leman

“Ngape, idok ke buleh pakai perambut tu.” Tok Moh sambil tersengeh

“Pakai tu boleh. Tapi bukan nye ket kolam nie. Ket kolam Pak Ajie Harry boleh la. Tak ngape la, biar aku tanya pada Song tu, ada tak jual perambut.” jawab Leman dengan penuh adab sopan sambil menahan sabar.

Dengan langkah yang agak laju Leman menuju ke kaunter untuk membeli perambut.

“Boss… itu perambut ada jual ka”. Leman bertanyakan kepada Song.

“Adaaa… mana muleh talak. Belapa manyak lu mau.” Song bertanya.
“Emmm…..bagi satu”. Jawab Leman

“Hay ya! Wa tatak jual satu woo… wa jual 1 plastik wo..3 linggit ma satu plastik”
kata Song

“Oklah…bagi la satu plastik. Nah..Lu angkat nie 3 ringgit” Kata Leman sambil mengambil perambut tersebut.

Sambil menunjukkan perambut yang dibelinya Leman berkata “ Ateh…nie la dinamakan perambut untuk ikan ayor masin”.

“Aku tau.. saje je nak ngetest dema” jawab Tok Moh sambil tersengeh.

“Bak kemari udang tu, aku nak letak ket perambut nie” sambung Tok Moh.

Dengan gaya seorang jaguh mancing, Tok Moh melepaskan lontaran pertama dengan penuh gaya dan tahap konsentrasi yang amat tinggi.

Pada masa yang sama, Leman ternampak udang yang dijadikan umpan oleh Tok Moh melabuhkan dirinya berlawanan arah dengan lontaran joran.

“Lah…ngape udang tu tanggal. Idok disangkut kuat kat mata kail ke” Tegur Leman.

“Aku rasa aku udoh gumpal kuat-kuat ket mata kail tadi” jawab Tok Moh

“Apa! Gumpal! Mana ada orang gumpal udang tu kat mata kail. Orang sangkut kan udang tu kat mata kail. Tak pernah dibuat orang gumpal udang kat mata kail. Mana punya sifu yang ajor nie” Leteran Leman

Tok Moh hanya tersengeh mendengarkan leteran Leman. Dengan muka selamba, dia menyerahkan joran kepada Leman sambil berkata “ Nah.. ko baling la pulak”

Leman mengambil joran tersebut lalu udang disangkutkan di mata kail. Dengan darjah kemarahan yang hampir mencecah tahap maigrain, Leman pun memulakan perjuangan mencari siakap.

Lontaran demi lontaran dibuat oleh Leman. Puas melontar ke kiri, Leman mengubah hala ke kanan. Puas melontar ke kanan, ke kiri menjadi pilihan. Tekun leman melontar demi seekor ikan.

Hampir 15 minit Leman melontar namun sentakan ikan belum dapat dirasainya lagi.

“Ateh… idok lenguh ke yob” Tok Moh menegur.

Tanpa mempedulikan Tok Moh, Leman terus melontar. Tahap kelenguhan Leman masih dapat dikawal walaupun sudah mencecah darjah kepenatan.
Tetiba satu sentapan yang amat hebat di abad ini berlaku. Joran yang tadinya lurus menjadi bengkok. Rokok gulung yang bertapa dibibir Tok Moh jatuh menyembah simen kolam pancing. Mata Tok Moh terbeliak umpama ternampak jembalang.

Leman masih berjuang dengan ikan. Ditarik, dilepas, ditarik, dilepas. Leman terpaksa memperkuatkan kekudanya kerana serangan balas dari mangsa agak ganas. Ketiak Leman sudah basah disirami dengan air mineral semulajadi.begitu juga dengan dahi dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya.

Mangsa semakin lemah. Namun masih ingin mencuba untuk melepaskan diri. Sesekali diasak ke kiri dan sesekali diasak ke kanan. Tanpa disedari, air liur Tok Moh terkeluar menjejeh dek disebabkan keasyikkan melihat Leman bertarung.

Akhirnya, mangsa menyerah kalah. Leman berjaya menewaskan sang siakap yang ganas di kolam ayor masin. Hidung Leman kembang. Dadanya bertambah bidang bila melihat siakap terbaring di atas simen.

Kilauan sisik siakap menyebabkan Tok Moh tidak dapat duduk diam. Terasa ketererannya telah dicabul oleh budak hingusan seperti Leman.

“Kecik je siakapnya” antara sedar dan tidak suara Tok Moh kedengaran.

“Kecik bendanya Tok Moh, nie mau dekat 3 kilo nie” Leman mencantas Tok Moh.

Tanpa membuang masa, Tok Moh mengambil joran untuk mencuba nasibnya pula. Kehangatan suhu diwaktu ini tidak dapat menandingi kehangatan suhu di dalam hati Tok Moh.

Suasanan kolam sepi seketika. Udoh hampir 30 minit Tok Moh melontar. Belum ada tanda-tanda sentakkan. Dari duduk Tok Moh berdiri. Udoh lenguh berdiri, Tok Moh duduk. Begitulah rutin Tok Moh sepanjang 30 minit berlalu.

Leman yang duduk berehat kepenatan, bertanyakan kepada Tok Moh “Agak-agak ikan siakap nie masak apa yang sedap”

Mendengar soalan tersebut,darjah kehangatan hati Tok Moh makin ketara. Tanpa menghiraukan soalan Leman, Tok Moh meneruskan lontaran.

Umpan udang yang sedari tadi segar, kini telah lembik. Namun sentakkan belum lagi kelihatan.

“Patut la tak makan, udang dah lembik” alasan Tok Moh untuk meredakan kehangatan hati.

Leman hanya tersenyum sambil memerhatikan Tok Moh menukar udang.

“Aku nak lontar ket hujung sanalah” Tok Moh memaklumkan kepada Leman pertukaran posisi dan gratitude port melontar.

Leman hanya diam dan tersenyum sambil melihat gelagat Tok Moh.

“Tok Moh nak pesan ayor apa. Saya haus bebenor nie” Dengan penuh adab sopan Leman bertanyakan kepada Tok Moh.

“Aku tak haus lagi” Ringkas jawab Tok Moh.

Leman meneruskan perjalanan ke warung yang terletak di dalam kawasan memancing. Anak tekaknya sudah menjerit ke hausan.

Udoh nak abih segelas air, namun kelibat Tok Moh melawan sentakkan belum lagi kelihatan. Masa untuk memancing hanya tinggal 15 minit lagi. Selesai membayar, Leman menuju kearah Tok Moh.

“Ateh… tinggal 15 minit lagi nie” Leman bagi hints pada Tok Moh.

“Hiss!.. ada masa lagi.. kalau terlebih masa nanti aku tambah lah duit. Apa ada helnye..” jawab Tok Moh.

Sedang asyik melayan lontaran, tubuh kerdil Tok Moh tergoncang dengan satu sentakan. Nasib baik Tok Moh dapat mengawal keadaan dan kemachoannya.

“Hah!!!... Udoh kena dah. Itu la aku kata, ket sini ada ikan.” Teriakkan Tok Moh menarik perhatian seluruh warga kolam. Semua mata ahli kolam bertumpu dan tertumpu ke arah Tok Moh.

Menyedari dirinya sedang diperhatikan, Tok Moh memperkemaskan langkah dan gayanya agar imejnya dan gelarannya sebagai Tok Moh mendapat pujian.

Mempraktikkan ilmu yang diperolehi dari Ah Peng, Tok Moh mengawal keadaan dengan baik sekali. Mangsa yang cuba melawan, tampak semakin lemah. Kembang kempis hidung Tok Moh mengawal pernafasan agar tenaga dalaman dapat digunakan sebaik mungkin.

Akhirnya, mangsa menyerah diri ditepi kolam. Kelibat mangsa sudah kelihatan.

“La…Lampam rupenye!!! Tumpoo teman.” Kata Tok Moh.

Melihatkan keadaan tersebut, Leman tidak dapat menahan ketawanya, lalu dilepaskanya juga “Haaaa…Haaaa…Haaaa..Haaa….”…..

..terkenang kenang..

cuba mike teka, lagu sapa nie.. hah! mudah je kan.. udoh tahu sapa yang nyanyikan. Moh kita nyanyi secara tanpa ahli muzik, agar aura dan maksud lagu nie meresap masuk ke minda mike, lantas mencetuskan kembali memori daun pisang mike..

Moh kita Layan.......


Ku Jejak
Jalan Yang Berliku
Membara Jiwaku
Memburu Impian

Ku Renang Lautan Gelora
Biarpun Tersadai
Di Hujung Dunia
Akan Ku Rempuhi Segala Rintangan
Biarpun Rebah Ku Bangun Sendiri

Korus
Akan Ku Genggam Biarpun Hitam
Menjadi Milikku

Ku Mula
Dengan Langkah Ini
Menuju Sinaran Yang Abadi

Kalau rasa idok meresap lagi, moh nyanyi lagi...

LAYAN!!!!!!!!

Friday, March 20, 2009

..hari jumaat..

hari nie hari jumaat.. malam tadi malam jumaat..bila sebut malam jumaat musti ramai yang senyum, sengeh dan yang tak kurang bersiul...

patutnya, malam tadi kita g surau... baca surah yasin... baru la ada berkat. nie tidak, malam tadi aku dok layan komputer aku sampai 1 pagi...

patutnya, malam tadi, banyakkan amal..

patutnya, hari nie eloklah kita banyakkan sedekah. bukan banyakkan berkelah...

patutnya, cuba kita renung sejenak... kita renung tentang diri kita balik...

pendek kata, banyak perkara yang kita boleh buat selain dari 'malam jumaat' pada setiap hari jumaat...

Monday, March 16, 2009

..semakin gawat..

....terpanggil untuk melepaskan rasa yang lama dah terpendam, lalu antara mahu dan tidak, aku cuba untuk melepaskannya....

siapa yang sebenarnya menjadi mangsa.. kalau dulu 'tilam' dijadikan barang usungan ke mahkamah, kini giliran pokok pula. apa lah salahnya pokok tersebut hingga dihapuskan pulak. salah ke kalau bersidang dibawah teduhan pokok. lagi pun itu lah salah satu fungsi pokok.(memberi teduhan)

aku cukup hairan la....tetiba je ada lak 'adhoc' projek lak.. semakin gawat situasi nie. hasil dari peristiwa persidangan dibawah pokok, ada beberapa pengajaran yang aku nak sampaikan :

i. setiap pokok tidak boleh diletakkan 'plak' walaupun bertujuan untuk memberi maklumat mengenai spesis pokok.

ii.tidak boleh tanam pokok sesuka hati, dikhuatiri akan adanya projek 'adhoc'

iii.jangan berhimpun atau berteduh dibawah pokok, kalau tidak pokok itu akan ditebang

iv. apa akan jadi kepada kempen 'hijaukan bumi' kalau semua pokok ditebang

walau apa pun andaian dan pengajarannya, aku masih tak boleh terima hakikat bahawasanya ada juga manusia (yang dianugerahkan dengan akal fikiran) dengki dan sakit hati dengan pokok!!

gawat dan semakin gawat jadinya....

Friday, March 13, 2009

..kolumpo 09..

FUH!!!... pening kejap kepala aku.. pening dengan kepantasan manusia metropolitan... udoh lama aku idok melangkah kan kaki ke dunia nie. terasa asing. ibarat baru keluar dari tempurung..

SEMPIT!!.. macam dah tak ada ruang di metropolitan. sini sana ada halangan yang pelbagai bentuk dan warna. lorongan kecil jadi tempat umat menyusuri ke menujui kiblat tersendiri..

SESAK!!... bukan susah nak nafas, tapi kepadatan umat metopolitan yang seolah tak kenal erti aman. sana sini pasti ada umat yang aku sendiri tak pasti mana diorang nie pegi...kerja ke atau kemana mana...

SESAT!!...macam -macam sesat yang ada. sesat jalan dan sesat pedoman udoh sinonim dengan metropolitan...udoh jadi asam dan garam..

...sesat di kuala lumpur
dosa dan pahala bercampur....

ada benar gak bait-bait kata lagu sesat di kuala lumpur...Tapi lagi best kalau kita pergi kolumpo sambil nyanyi lagu nie....

Saturday, February 7, 2009

..jasa joran (Part 2: versi blog)..

“Aduh..apasal la jadi kat aku…ngape la idok kat orang lain…” Sambil menggarukan kepala, Abdullah berjalan menuju ke tingkap rumahnya.

“Yob!” panggilan mesra kepada kawan karibnya, si Seman “Yob!… ada mike nengor kabo si Leman.”

Seman merupakan teman akrab Abdullah. Mereka berkawan sedari kecil lagi. Sama-sama ngail di sungai, sama-sama mencuri buah rambutan Mak Teh Limah dan sama-sama ngintai orang mandi tepi sungai.

“Entoh le… idok la teman nengor apa-apa kabor pasal si leman tu…ngapa?” jawab kawan karibnya.

“ Aduh…Susoh hati teman dibuatnye nie…” keluh Abdullah..

“Ngape yob…Apa, besor bebenor ke permasalahan mike”.

“Idok le besor. Semalam si Leman tu email kat aku, katanya nak ajak aku pergi ke pekan. Katanya nak nengok joran kat kedai si Ah Peng tu. Janjinya pukui 10 pagi. Tapi, sampai lehur nie idok pulak muncui” jawab Abdullah..

“La..teman ingat besor bebenor la masalahnya. Sekejap lagi ada la si Leman tu”…

Leman terduduk di tepi tingkap rumahnya. Joran yang baru direka telah diambil oleh ibu tercintanya untuk pergi mengail. Tak sampai hati leman untuk berkata tidak bila ibunya memberitahu untuk menggunakan jorannya itu walaupun ibunya mengambil dulu joran tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

Leman telah berjanji dengan Abdullah untuk pergi ke kedai Ah Peng. Leman ingin mendapatkan nasihat dari Ah Peng tentang joran yang baru diciptanya sambil membeli beberapa asesori pancing demi untuk membalas dendam ke atas ikan yang telah meragut joran pemberian ex-girlfriend nya.

Tanpa membuang masa, Leman mengenakan sepasang pakaian lengkap bak berkerja di kantor. Tanpa mempedulikan mandi di pagi hari, Leman mengambil parang kontotnya dan bergegas menuruni anak tangga. Laju langkah Leman umpama kayuhan si benggali penjual roti…
Sampai di simpang di mana dia ketiduran semalam, dia terus mencantas batang buluh, lalu menjorankan buluh tersebut. Setelah berpuas hati, Leman menuju ke rumah Abdullah.

“ Pak Lah…Ooo Pak Lah…” Leman memanggil kawannya itu. Pak lah adalah panggilan manja Leman kepada sahabatnya itu kerana Abdullah sudah berkawin dan mempunyai sepasang cahaya mata.

“Hah! Itu pun kamu…udoh naik kematu punggung aku nantikan kamu. Ape ke halnya kamu lambat sangat nie. Udoh lehur nie..”..

“I’m so sorry la Pak Lah. This morning, my mum took my joran because she want go for fishing with her friend. So I have to make a new one”

“apa ke mimpi kamu cakap omputih nie Leman. Apa kamu nak tunjuk eksen kat aku ke. Aku tahu la kamu tu ada hati dengan anak si Ah Peng tu. Dah, don’t waste my time.Let’s go to Ah Peng shop”

“Terer gak kamu ye.. buleh cakap omputih gak” kata leman..

“Apa, kamu ingat rumah kamu aje ada rangkaian TV berbayor ke. See the leg first la bro!” ujar Abdullah.

“ Ok.let’s go to Ah Peng shop” ujar si Leman..

Pedih mata Pak Lah terkena semburan berbisa dari mulut si Leman semasa membonceng motor. Pak Lah memiliki kapcai usang yang masih mampu untuk dijadikan kuda rempitan. Malangnya Pak Lah tidak mempunyai lesen untuk menunggang. Si Leman pula tidak mempunyai kapcai kerana dia terpaksa menjualkannya untuk menanggung kos percintaan dengan bekas aweknya dahulu tetapi mempunyai kebenaran yang sah untuk menunggang.
Sepanjang perjalanan ke kedai Ah Peng, Leman menerangkan kepada Pak Lah mengapa dia lambat sampai. Lontaran vocal Leman amat kuat dan pitching yang tepat, untuk memastikan Pak Lah mendengar dan faham kenapa dia terlambat. Semakin kuat volume Leman, semakin kuat dan tajam juga tujahan air berbisa yang keluar dari mulut Leman yang mengenai muka Pak Lah. Berkali-kali Pak Lah cuba menepis, tetapi gagal. Bisa air berbisa amat tajam sekali dan tujahannya tepat ke muka dan kadang-kadang memasuki ruang mulutnya. Hingga naik loya Pak Lah kerana tertelan air berbisa tersebut.

“Uuuwekkk…..” kedengaran dari pak Lah sebaik sahaja mereka sampai ke kedai Ah Peng. Entah berapa miligram air berbisa tersebut memasuki mulutnya dan menjelajah ke anak tekak Pak lah.

“Ngape kamu Yob, masuk angin ke perut kamu sampai muntah nie”

“Masuk angin tengkorak kamu. Kamu tu bila bercakap tak cover langsung mulut kamu tu. Berbutir-butir air liur kamu aku dah telan. Kalau wangi tak pe la. Ini bau tungkit je. Masam pulak tu.” Pak Lah meluahkan rasa marahnya kepada Leman.

Leman hanya tersengeh sewaktu Pak Lah meleterinya.

“Udoh la tu. Moh la kita masuk kedai.” Pujuk si Leman.

Dengan langkah penuh bergaya Leman dan Pak Lah masuk ke dalam kedai Ah Peng sambil Leman memegang buluh yang dijorankan.

“SiiiFuuu….” Jerit si Ah Peng bila ternampak kelibat Leman dan Pak lah. “ Apa mau sifu. Lama tarak nampak. Ada sihat ka”.. dengan ramah Ah Peng menyapa si Leman.

“Macam biasa la” ujar si leman.

“Apa boleh wa tolong sama lu. Wa mau bagi tau lu, sana ada jolan balu sampai. Manyak cantik ooo..” gaya Ah Peng menarik pelanggannya dengan penuh emosi.

“Ah Peng.. aku bukan mau joran baru. Aku nak kau tolong transform kan batang buluh nie jadi joran. Ko letak la cincin, lepas tu ko warnakan sikit. Lepas tu ko letak sarung getah hitam tu kat hujung nie” sambil menunjukkan batang buluh yang dibawanya.

“Ha ya sifu.. Lu apa hat mau susah-susah mau bikin itu macam. Tadi wa sudah bagitau sama lu. Hujung sana ada joran balu sampai ooo… manyak cantik ooo. .. Lagi satu, itu jolan ada walenti ooo. Kalau lu beli, wa kasi mullah..” Ujar Ah Peng…

“Issk kamu nie, biasanya nak kurang sesen punya susah. Ngape kali nie ada diskaun pulak. Buang tebiat ke kamu nie Peng”

Tanpa membuang masa, Ah Peng mengarahkan anak gadis yang sedang menggentel rambut yang merompolnya itu untuk menunjukkan longgokkan joran baru kepada si Leman.

“Abang mari ikut saya.” Ujar Merry. Merry adalah anak kedua Ah Peng

Tersengeh sipu malu dan kembang hidung Leman bila Merry memanggilnya abang. “Ok” ringkas jawab si Leman.

Sementara itu, Pak Lah pergi ke tandas di kedai Ah Peng untuk membasuh mukanya yang terkena tujahan air bisa dari Leman.

Apabila sampai disudut kedai yang dipenuhi dengan joran, Merry memberitahu kepada Leman, bergelimpangan joran baru yang belum sempat disusun rapi. Merry menyuruh Leman melihat dan memilih joran mana yang berkenan.

“Mak datuk!! Banyak nye joran baru.” Kata Si Leman sambil membeliakkan matanya. Merry tersenyum melihat gelagat si Leman.

“Merry tak sekolah ke hari nie” Leman memecahkan kebuntuan.

“Tak, hari nie Merry tak ke sekolah. Badan Merry rasa sakit-sakit.” Jawab si Merry

“Udoh ke Merry jumpa Tok Moh.. eehh! Jumpa doktor” Leman inginkan kepastian

“Dah.. Abang dah jumpa ke joran yang abang minat.” Tanya Merry.

“Ini yang abang penin nie. Confuse abang dibuatnya. Banyak sangat joran. Tak tahu nak pilih yang mana satu.” Jawab Leman.

“Biar Merry tolong pilih untuk abang ye” Merry terus bangun dari bangkunya dan terus mencangkung sebelah Leman.

Degup jantung Leman bertukar rentak bila Merry duduk sebelahnya. Mana kan tidaknya, Merry mempunyai muka iras orang melayu. Dengan kulit sawo matang, orang yang tak kenal siapa Merry, tidak menyangka bahawa Merry adalah dari keturunan Yap Ah Loy.

“Ha.. Abang yang nie. Merry rasa joran nie amat sesuai dengan abang. Maklum lah kan, abang nie pandai mancing. Tak kan nak beli joran yang tak berjenama. Kalau patah joran nanti, kan malu je.” Merry mengayat Leman.

“Issk Merry nie. Pandai-pandai je kata abang terer mancing. Buat malu abang je” Leman kesipuan…

“Abang nak tak joran nie. Kalau tak nak Merry pilih yang lain” Merry bertanya kepada Leman.

“Alah, Merry pilih la untuk abang. Yang bebenornya abang bukan biasa sangat beli joran nie. Abang biasa pakai buluh je” Leman kesipuan lagi.

“Ok. Abang ambil yang nie.” Merry menunjukkan sebatang joran pink kepada Leman.

Leman mengambil joran tersebut seraya berkata “ Ateh, tak kan warna pink Merry pilih untuk abang”

“Alah, warna nie la sesuai untuk abang. Lagi pun, ikan kan buta warna” jawab Merry.

“Ok la. Abang ambil joran nie. Abang ambil nie sebab Merry yang pilihkan”

Sambil memegang joran yang telah dipilih, Merry membawa Leman ke kaunter untuk membuat bayaran.

Pak lah yang telah lama menunggu di kaunter, menegur Leman “ Apa ke halnye kamu pilih joran warna tu. Tak macho lansung.”

Tanpa mempedulikan pertanyaan Pak Lah, Leman terus bertanyakan harga kepada Ah Peng.
Seperti kebiasaan, Ah Peng mengambil sempoa usangnya. Merry berdiri disebelah ayahnya sambil memerhatikan Leman dan Pak Lah.

“Ok sifu, ini harga wa kasi sama lu solang saje. Olang lain wa tarak kasi ini harga.”
“Iye le…berapa harganya…”Leman mendesak.

“Tatak mahal, $499.00 aje…” jawab Ah Peng sambil tersenyum.

“Huh! Mahal pepalih… ateh kata tadi nak bagi diskaun” Leman terkejut.

“Suda diskaun maa” jawab Ah Peng.

“Tak kan abang tak nak ambil. Penat je Merry pilih untuk abang. Kalau abang tak beli, lain kali Merry tak nak tegur abang lagi” ayat-ayat power Merry.

Mendengarkan kesyahduan suara dan kelunakkan susunan bahasa dari Merry, Leman mengeluarkan dompet duitnye. Berkeruk dahi Leman mengira duit. Dengan tangan terketar-ketar, Leman menyerahkan duit tersebut kepada Ah peng.

“Ok sifu… manyak telima kasih hah. Lain kali datang lagi. Wa bagi diskaun lagi sama lu” Ujar Ah Peng sambil menyerahkan joran yang telah disiap dibungkus oleh Merry.
Dengan muka yang poyo, longlai langkah Leman untuk keluar dari kedai Ah Peng bersama Pak Lah.

“Banyak duit kamu yob…” Pak Lah menegur Leman.

“ Banyak kemendanye…TUMPOO TEMAN”…….jawab Leman.

Friday, February 6, 2009

..cynical..

gegar, gempak, gempur dan gempa...

itulah situasi politik semasa yang berlaku di negeri perak. sedih kan... tetapi, itu adalah hakikatnya yang berlaku di perak..

terlupa sejenak kita tentang kegawatan ekonomi yang berlaku dek situasi ini... apa sebenarnya yang berlaku... siapa yang punya rencana dan angkara...

aku bukan penganalisis politik, cuma aku sekadar nak mencuba menjadi penganalisis...apa yang aku tulis nie adalah dari apa yang aku layan, fikir dan tafsir....

1. semuanya terancang... itulah yang aku dapat lihat. apa yang terjadi di perak tu seolah-olah sudah dirancang rapi. skripnya dah ada, pelakonnya dah ada, props dah ada dan yang paling best sudah tentu bayaran pun dah ada. zaman sekarang nie, pelakon pun minta advance payment dulu sebelum berlakon!

2.kesian kat rakyat perak... yang berebut kuasa -orang politik.. yang naik kereta mewah -orang politik, yang gila kuasa -orang politik,.. cuma yang pilih orang politik - rakyat.. tetapi, dimana letaknya kuasa rakyat.. kuasa rakyat terletak masa pilihan raya.. TETAPI kalau udoh tak dipilih oleh rakyat, lebih baik duduk diam2 dari saje buat kecoh!!

3.tindakan akibat tekanan.. mana idoknya, udah le kena 2 - 0 (prmtg pauh dan KT), tak kan nak bolos gol lagi.. nasib baik la ada 'haprak-haprak' yang kebetulan@mungkin, mengalami 'law sindrome', maka pada mereka nie harapan united untuk bangkit dan menjaring gol 'haprak'..

4.sultan berpelembagaan... klise nie aku keliru. berperlembagaan atau Diberperlembagaan...

5.bebas tetapi menyokong... sebagai rakyat malaysia yang kurang arif tentang undang-undang dan daif dari segi bahasa, apa kah maknanya 'bebas tetapi menyokong'.. pada aku perkataan 'bebas ' itu sendiri menyatakan TIDAK berpihak kepada mana-mana pihak..tetapi kalau dah menyokong, lebih baik je istiharkan 'lembu' tu untuk dijual....

6.ada yang bertepuk di sebalik tabir... cuba-cuba lah engkau orang tenung dan renung sejenak...

7.sayang anak tangan tangankan...
sayang bini tinggal-tinggalkan...
sayang parti lompat-lompat...
sayang duit, lompat - lompat lah lagi....

Thursday, February 5, 2009

..huru hara..





  • bila duit menjadi raja, mata jadi tuli, hati penuh dengan daki. kuasa duit mengatasi kuasa nuklear.


  • dunia luar sana, sekelompak manusia sedang berperang untuk pertahankan maruah dan negara. di sini, sekelompok manusia menilaikan maruah ibarat dengan sehelai kertas yang berwarna..semuanya boleh dibeli...


  • bila duit sudah berguni, barang yang susah dicari, mudah didapati.. nak beli babi, nak beli kambing hitam, nak beli hati, dan macam-macam lagi...


  • lalang bergoyang bukan ditiup angin, tapi ditimpa dengan wang...


  • hanya mereka yang bertuhankan duit akan tersengeh, angguk angguk, geling geling...









Wednesday, February 4, 2009

..lompat-lompat..

minggu ini kita dihangatkan dengan kisah lompat...


ada yang lompat, melompat, dilompat, dilompatkan, terlompat dan tak kurang juga yang lompat-lompat... bila sebut perkataan lompat, kita kan membayangkan satu makhluk yang habitatnya tak sah kalau tak melompat....

mengapa katak melompat.. katak melompat untuk cari makan.. katak melompat untuk larikan diri dari musuh... katak melompat kerana nak berhijrah ke tempat lain dan seribu satu sebab kenapa katak melompat..

ada katak melompat seorang diri.. ada lak katak melompat dengan kawan-kawan.. tapi ada gak katak yang dipaksa melompat untuk menyelamatkan keadaan..... kesian katak tu kan....
tapi apa boleh buat .. dah nasib si katak tu menjadi kuli kepada si tikus....
sabo je le.....
lompatan katak nie bermakna.. kalau katak tu lompat dekat aje.. maknenya katak tu boring duduk kat satu tempat dengan tempoh yang lama.. kalau katak tu lompat - lompat, maknanye katak tu saje nak menunjuk yang dia boleh melompat... tapi kalau katak tu melompat jauh hingga tak dapat di kesan, maknanye dia dah disimpan oleh musuh di dalam perutnya...
ingat wahai si katak-katak sekelian, jangan nak melompat-lompat... nanti kalau tersalah lompat....masuk dalam lubang taik....
Tapi...siapa si katak tu eerk...!

Tuesday, February 3, 2009

..20 minit aje..

semalam aku ke kolam pancing berbayar yang lokasinya di serendah.. aku udoh berkali-kali datang ke kolam nie bersama keluarga dan sahabat aku. cuma semalam aku datang sorang je.. saje nak layan....

idok la aku berperancangan untuk memancing pada hari tu, tapi desakan dan kehendak yang begitu kuat yang datang dari nafsu memancing.. aku teruskan langkah ke kolam tersebut...

setibanya aku ke kolam tu, hati aku berbelah bagi sama ada nak memancing di kolam kelas 'ekonomi' atau kolam kelas 'mewahan'. memandangkan ikan-ikan ternakan aku belum cukup haul untuk dijadikan kertas yang bernilai, maka aku memancing di kolam kelas ekonomi...

la..umpam pulook tak ade... berbekalkan dedak yang diperam di dalam kereta lebihan dari memancing yang lalu, aku pun teruskan perjuangan...

idok sampai 5 minit, joran aku dikejutkan dan hampir menghambakan dirikan ke dalam kolam akibat dari sentakan ikan... dengan sedikit pengalaman yang ada, aku dapat menyelamatkan joran dari sentakan puaka tersebut...

maka perjuangan pun bermula.. aku tarik dia tarik.. aku lepas dia tarik... dia tarik aku lepas...aku lepas dia tarik..dia tarik aku lepas.... fuh! sungguh dahasyat pertarungan nie...lebih hebat dari berjuang di medan peperangan lagi...

akhirnya, dia menyerah kalah... "Eh! Rohu......!!!".... dengan hidung yang kembang, dada yang bidang, lidah bercabang dan poket yang semakin kontang, aku berjaya naikkan rohu...

lepas je aku masukkan ikan tersebut ke dalam jaring dan mengisytiharkan aku dah dapat ikan di kaunter, aku pun packing alatan mancing dan balik....

itu la sejarah memancing yang paling sekejap dalam hidup aku...bukannya aku tak mau memancing lagi, tapi aku risau budget tak cukup untuk bayar ikan....

pengajaran cerita:
jangan memancing kalau tak cukup duit dan guna la dedak peram untuk dapat ikan rohu..

Friday, January 30, 2009

..jasa joran..

aku dedikasikan ceritera nie untuk kaki pancing sedunia....
berpeluh ketiak aku...naik lenguh lutut aku.. akhirnya si patin nie tumpas gak ngan aku... idok la berat sangat, cuma 7.8 kg AJE...


berbekalkan joran usang yang berumur lebih 3 tahun, mesin yang hanya berjenama biasa, tali 10 pound, si patin tewas setelah hampir 20 minit bertarung... bukan pertarungan biasa sebab si patin nie spesis patin liar...
aku dah lama usha patin nie..setelah 3 minggu, baru la dia terpedaya ngan umpam peram aku...

bila dah abih berposing sakan ngan patin nie, aku eksport patin nie ke kampung. aku suruh mak aku buat gulai tempoyak, bahagian kepala aje yang buat gulai, bahagian badan hingga ekor aku suruh mak aku buat pekasam...



yang mamat indon tu tumpang nak bergambar untuk dikirimkan ke kampong.....




nie lak mangsa aku yang entah keberapa pun aku dah tak ingat..si tongsan rumput.. 6.7 kg AJE...

yang nie lak cam tarik anak lembu.. dia punya lawan cam tarik tali...

nasib masih menyelebahi aku sebab tali yang aku guna cuma 10 pound...

yang nie aku tak anto ke kampung.. tapi aku wat parti bakar ikan kat rumah.. itu pun separuh aje.. lagi separuh aku simpan wat stok lauk.. tak yah aku gi pasar...





apa pun mangsa aku ngan joran tu, kini hanya tinggal sejarah sebab joran bertuah aku dah jadi mangsa pembalasan ikan yang aku tak tahu apa spesis dan saiznya.. joran aku dah berkubur ke dasar lombong tu akibat dari sentakkan ikan....




Errrkk!!! Kenyang la puuloook!!






















..gawat..

Bukan aku menyahut cabaran untuk melakukan gencatan blogging…Cuma aku nak cari ketenangan….

Udoh 30 hari berlalu bulan nie…sekejap je masa tu berlalu…sedar-sedar je dah hujung bulan.. maka bermula rutin yang dibawa turun temurun (semenjak mempunyai komitmen) untuk menjelaskan segala bil bulanan yang tertunggak atau sengaja menunggakkan bil kesan dari kemelesatan ekonomi keluarga…he..he..

Sedih bila dengar berita, ramai kawan aku yang akan kehilangan pekerjaan pada bulan-bulan yang akan datang..ini lah kesan dari kegawatan ekonomi dunia. Aku pun terkena gak tempias nie…

Memang aku akui, tekanan kehilangan sumber pendapatan utama memberikan kesan yang amat mendalam. Yang tak ada darah tinggi, tetiba je diistiharkan oleh ahli perubatan udoh dapat dapat darah tinggi… sabo je la.. kurangkan makan garam atau yang mengandungi kandungan garam yang tinggi..

Bukan nak mengimbas atau berceramah tentang ekonomi, Cuma aku nak cuba bawa minda agar TEKANAN yang melanda dapat dikurang walaupun hanya 0.001%.

Kalau kita dok fikir tentang kegawatan ekonomi dunia, kita hanya membuang masa aje…(kalau ko nak marah dengan kenyataan nie, itu ko orang punya suka…ini blog aku..) sepatutnya kita berfikir tentang ekonomi diri kita..baru la kita boleh berkembang maju…

Kita kena terima keadaan ekonomi sekarang sebagai satu bab baru yang perlu kita terokai.. pasti ada jalan penyelesaian. Masalah yang sering kita hadapi adalah kesukaran kita untuk mengadaptasi sesuatu perubahan. Maksud aku, kita dah dibiasakan dengan kerja makan gaji, maka kita akan berasa sukar jika kita kehilangan pekerjaan..

Kita harus mencari alternatif lain untuk menyara kehidupan.. kita perlu banyak bersabar dan terus berusaha. Kalau dulu kita bekalkan duit untuk anak kita bersekolah, tetapi sekarang nie kita bekalkan makanan untuk anak bersekolah…Agama islam pun menggalakkan konsep KESEDERHANAAN dalam apa jua kita lakukan…

Masalah yang menimpa dunia sekarang nie bukan bersifat kekal, ianya hanya sementara aje..percaya lah.. kita wajib bersyukur kepada ALLAH kerana memberi kita sedikit ruang untuk kita merasai situasi kegawatan ekonomi. Ini baru sedikit dugaan aje…Mungkin ada hikmah disebaliknya….


"Bila udoh senang,Ingat-ingat tinggalkan satu peluru".....


Nota : Jack n Jeri, kembalilah kepangkuan keluarga...

Tuesday, January 13, 2009

..begitulah hendaknya..

udoh agak lama aku tak menjengok ke tingkap blog aku nie...macam-macam masalah yang datang menimpa sampai aku tak ada masa.. begitu la manusia yang normalkan,, sentiasa dengan masalah, permasalahan dan bermasalah.. kalau manusia yang tak ada segala macam sifat masalah tu dikategori sebagai manusia yang "terlalu sempurna la."....

layan punya layan, geling punya geling... udoh tahun 2009 ye rupenye.. cepat bebenor masa tu berjalan. mungkin belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru kepada mereka yang terbuka blog aku nie...

semua umat manusia pasti berjalan.. tapi cara berjalan je yang lain. pelbagai rentak manusia berjalan.. ada cepat, ada perlahan, ada sedang2... pokoknya, masih berjalan. berjalan menuju ke satu arah yang manusia itu sendiri aje yang tahu...

begitu gak dengan kehidupan kita nie... tak semuanya sama. ada yang susah, ada yang senang lenang, ada yang ada masa, ada yang tak ada masa, ada yang dapat je ikan bila mancing, ada yang hanya dapat termenung je bila memancing... begitulah lumrah kehidupan...

teringat aku pada satu kisah zaman persekolahan dulu.... ada seorang guru nie yang mempunyai kelebihan 'berpeluh sepanjang masa'.. tak kira la masa duduk ke, masa makan ke, masa ke bilik ilham ke apatah lagi masa berlari...

ditakdirkan dia nie mengajar kat kelas aku... dia akan menggunakan sapu tangannya untuk mengelap peluh nya setiap kali selepas menulis kat white board.. pada satu hari, sewaktu dia sedang menulis di white board, kami satu kelas mengeluarkan sapu tangan yang pelbagai warna dan rasa dan berpura-pura mengelap peluh di dahi masing-masing.. apabila dia terdengar keriuhan sewaktu dia menulis...dia pun berhenti menulis dan menoleh ke arah kami semua...serentak dengan tu, kami lak dengan pantas meletakkan sapu tangan masing-masing atas meja... lalu cikgu tu bertanya kepada kami.." kenapa ada letak sapu tangan di atas meja, mengapa tak masukkan ke dalam poket".. dengan selamba salah sorang dari kelas aku menjawab.." tak leh letak dalam poket cikgu sebab sapu tangan nie basah".... satu kelas ketawa.. dengan muka poyo cikgu tu menyambung balik menulis di white board..

dengan berkat cikgu tu la aku jadi aku sekarang nie... bukan aku jadi cikgu tapi kekurang diri cikgu tu aku jadikan kekuatan untuk terus hidup...

Tuesday, December 30, 2008

..bisala la tu..


Alah…biasa la tu… bila dah ketandusan idea nak tulis ape, mula la tulis yang merapu... idea nak tulis pun bukannya oleh dipaksa… kalau dah taka de ape nak tulis,,mula la menulis yang sesuatu yang tak ada makne…

Tapi tu biasa la… bukan aku sorang je yang biasa mengalaminya.. penulis ke, penyair ke, malah yang arkitek pun dah dapat nak design ape-ape kalau dah taka de ape. Orang yang bercinta pun kekadang oun tak tau nak dating kat mana sebab semua tempat dah pernah jadi port dating…sebab tu siti nyanyi lagu bukan cinta biasa….

Dah menjadi kebiasaan la kepada mereka yang bercinta…kalau keluar dating tu, maknanya isi poket tengah ade, tapi kalau asyik bersms je, maknanya isi poket kurang berada… tapi kalau dah sampai dah tak berjumpa dan dah bersms tu.. maknanya mesti ada ape..ape…
Agak biasa juga kepada kepada manusia biasa cam kita semua… apa yang terjadi tu kita anggap biasa.. taka de yang tak biasa. Alang kan lidah lagi tergigit inikan pulak….(lu orang sambung sendiri pepatah ni..)

Yang biasa tu akan dianggap luar biasa bila kebiasaan yang berlaku tu tidak menyamai dengan apa yang biasa orang ;lain buat dan fikiran kita tak dapat menerima kebiasaan terbesut sebagai satu terjemahan kebiasaan dan kita semua akan mengaanggap ianya luar biasa….
Walhalnya, tanpa kita menyedari, kita perlu membiasakan diri kita sendiri untuk kita menjadi “seseorang” dan kita hanya akan menjadi “orang” bila kita tak dapat membiasakan diri kita dengan kebiasaan yang ada disekeliling kita yang serba biasa….

Itu semuanya biasa……

Friday, December 26, 2008

..t.a.n.d.u.s..






entah berapa puluh ribu ratus minit aku tak menjengok blog nie... bukan aku malas.. tapi aku kekeringan dan ketandusan apa yang nak di tulis. ada gak kekawan aku yang kata " blog lu dah basi...."
tak ade ape yang hangat nak diwawarkan sebab aku nie bukan penulis dan tak ade bakat pun dalam penulisan... aku hanya tulis apa yang aku rasa dan apa yang aku tahu... sesak gile kepala otak aku kalau nak berimiginasi dan berkarya tentang penulisan..

sebab tu la.. golongan 'orang seni' nie marah sangat bila hasil dia orang diciplak dan dijual dipasaran terbuka tanpa kebenaran. yang membeli pulak, tak rasa segan silu beli yang cetak rompak. alasan yang biasa kita dengar "barang ori mahal la".... itu bagi orang seni la...

dunia la nie pun dah tandus...abih dah botak.. dah tak ada apa dah... abih kena korek.. abih kena tarah.. abih kena pasak... sakit la dunia nie oooo!!! buat ganas kat dia.. bak kata orang tua-tua dahulu " kalau mau pakai barang tu lama, kena pandai jaga..."... orang dahulu kala yang tak ada teknologi canggih lebih pun bijak dari orang sekarang... dia orang tak buat rumah kat bukit takut bukit runtuh... dia orang tanam padi bukit je kat bukit....

lain pulak bagi orang yang menjadikan politik sebagai mata pencarian di sebalik prosa "perjuangan".. sebelum dipilih,lagu janji manis aisyah pun kalah... bak kata salah sorang komposer " Tangkap Leleh".... bila dah terpilih... satu pun tarak... alasan yang diberi sama macam alasan zaman orang hidaup dalam gua.... " tatak wang ooo!!".... tapi dia pakai keta besar...

macam-macam jenis habitat tandus nie.. jangan ingat ade satu je... kekadang tu orang yang tak balas pesanan pun mungkin dia ketandusan gak... so, banyak sebenarnya habitat tandus nie...

bila masa kita tandus (tak kira ketandusan apa)... apa nak dibuat pun tak tau... nak makan pun tak tau apa nak order..betul tak...( sapa tak kata ye tu.. alamatnya 3 jumaat lagi la...)..

ok.. aku dah semakin tandussss.... kalau lu orang baca aku harap lu orang pun tak jadi tandus.... dalam dunia nie ada macam-macam tandus... tandus yang paling tak best bila ketandusan duit....

























Sunday, December 21, 2008

..b.e.n.g.o.n.g..



Apa punya BENGONG DA!!!!




lu orang mesti slalu sebut..BENGONG!! ape ke jadahnya perkataan tu.. sungguh 'fofuler' di kalangan kita kan.. kat sini aku bagi beberapa situasi BENGONG!!


#1

bila lu orang menyaksikan sesuatu perlawanan sukan yang lu orang minat gila., lu orang mengulas perlawanan tersebut lebih dari orang yang dipertanggungjawabkan untuk memikul tugas mengulas..apa punya BENGONG lu orang ulas..lu orang tengok dah la..lu orang ulas bagai nak rak pun bukannya dapat bayaran..BENGONG!!


#2

bila lu orang tengok siaran TV yang menyiarkan rancangan sukan yang lu orang fanatik gila, ada lak pemain tu tidak dapat mendapatkan mata untuk pasukan kegemaran gila lu orang, lu orang pergi marah, maki, kutuk pemain tu..apa punya BENGONG lu orang kutuk dia. kalau lu orang pandai sangat ngape lu orang tak main je..BENGONG!!


#3

bila dapat gaji, lu orang kekadang terasa nak menambahkan koleksi barangan peribadi lu orang.selepas lu orang mengenalpasti barang yang lu orang nak beli, lu orang pergi ke kedai yang sepatutnya.bila dah jumpa barang yang lu orang idamkan, lu orang akan menawarkan harga yang anda mampu bayar kepada toke kedai tersebut.bila harga yang ditawarkan tidak menepati budget lu orang, lu orang tak jadi beli. dah la tu, bukan takat tak beli, lu orang pergi marah lak kat toke kedai tu.. apa punya BENGONG!!.. kalau dah tak mampu jangan beli la...


#4

"bior papa asal bergaya"...apa punya BENGONG!!..lu sanggup berlapar dan dahaga asalkan "imej" lu orang terjaga..BENGONG!! lu orang tak payah susah-susah nak hipokrit. kalau dah tak ada tu buat cara tak ada...



#5

bebudak zaman sekarang nie..dasyat ooo.. mak bapak diorang susah susah kumpul beli kuda besi dengan harapan menggunung supaya memudahkan mereka pergi belajar demi untuk masa depan mereka sendiri... tapi dio orang lak, gie rempit... apa punya BENGONG!!




apa punya BENGONG la yang aku tulis nie..BENGONG!!!!

..m.e.r.a.p.u.!!..

tinggal beberapa hari lagi usia fana akan bertambah seiring dengan usia kita. rasa cam sekejap je tahun nie. itu lumrah hidup..banyak cerita menarik yang akan menjadi sejarah (termasuk la kisah leman kehilangan shimano)..ada kapam..ada yang masam..ada yang tengit.. macam-macam la ada....


tapi, setiap kali beralih tahun, apa yang sebenarnya lu orang dapat...(lu orang jawab la sendiri..).. aku tak mau tahu apa lu orang dapat tapi aku nak rekodkan kat blog nie apa yang aku dapat..he..he..


antara yang aku dapat untuk satu dunia tahu (termasuk la client aku dan boss aku) :


Antara yang BERJAYA aku buat...


1. aku dah berjaya menambahkan HUTANG aku..

2. aku dah berjaya tipu boss aku

3. aku dah berjaya menyusahkan hidup kekawan aku

4. aku dah berjaya keringkan duit tabung anak aku dengan janji manis"nanti ayah ganti la balik"..

5. aku dah berjaya menambahkan bilangan kucing kat rumah aku yang akhirnya menyusahkan hidup aku balik...

6. aku berjaya pinjam streering lock kawan aku tapi sampai sekarang aku tak pulang lagi...

7. aku masih tak bayar lagi cukai pendapatan untuk ke...(entah.. aku pun dah tak ingat dah..)


Antara yang betul-betul GAGAL aku buat...


AKU MASIH KURANG DAN JARANG PERGI KE MASJID UNTUK MENUNAIKAN KEWAJIPAN WALAUPUN MASJID TAK JAUH DARI RUMAH AKU....


apa yang aku nak dari lu orang semua...jom la istiqamah sejenak dan renung-renungkan lah....